Periuk memasak seperti slow cooker bukanlah peralatan asing yang berada di setiap dapur di rumah. Slow cooker digunakan untuk mereneh masakan pada suhu yang rendah. Slow cooker memudahkan untuk kita memasak tanpa pengawasan selama beberapa jam hidangan yang akan direbus, dipanggang dalam periuk, sup, stew, dan hidangan lain termasuklah minuman, dan pencuci mulut. Memasak menggunakan slow cooker terasa macam mudah untuk digunakan, namun ketika menggunanya, kadangkala anda akan rasa ‘confuse‘ walaupun telah membaca buku panduan yang disediakan. Berikut adalah beberapa tips oleh BBC Good Food yang boleh digunakan untuk menggunakan slow cooker.
Mengurangkan Masa Penyediaan
Salah satu tarikan utama bagi banyak orang adalah kemudahannya memasak secara perlahan. Jadi semasa anda sedang mencari resepi, elakkan resepi yang mempunyai banyak persediaan awal. Untuk pelbagai hidangan, terutamanya sup dan stew, anda boleh terus memasukkan kesemua ramuan ke dalamnya. Adalah lebih untuk memastikan bawang dimasak terlebih dahulu, kerana rasanya berbeza berbanding memasukkannya dalam keadaan mentah, tetapi anda boleh melakukan eksperimen kedua-dua cara yang mana lebih anda suka.
Sediakan Pada Malam Sebelumnya
Jika anda kesuntukan masa pada waktu pagi, sediakan semua yang anda perlukan untuk makanan yang dimasak perlahan pada malam sebelumnya, masukkan ke dalam bekas, tutup dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. Sebaiknya, bekas tersebut harus berada sedekat mungkin dengan suhu bilik, jadi keluarkan dari peti sejuk apabila anda bangun dan biarkan ia selama 20 minit sebelum menghidupkan slow cooker.
Slow cooker sangat sesuai untuk memasak potongan daging seperti beef brisket, lamb shoulder, dan chicken thighs. Anda juga boleh menggunakan kurang daging, kerana slow cooking mengeluarkan ekstrak rasa daging yang akan meresap seluruh hidangan. Sebaliknya dengan sayur-sayuran.
Buang Lemak Dari Daging Sebelum Memasak Perlahan
Anda tidak perlu menambahkan minyak ke dalam slow cooker. Anda tidak memerlukan banyak lemak pada daging. Kebiasaannya apabila anda menggoreng daging, banyak lemak akan habis, tetapi ini tidak akan berlaku di dalam slow cooker. Membuang lemak akan memberikan anda kesan yang lebih sihat, dan ianya masih rasa sedap.
Kurangkan Cecair Semasa Menggunakan Slow Cooker
Hal ini kerana slow cooker anda akan mempunyai penutup yang tertutup rapat, cecair tidak akan menguap jadi jika anda menggunakan resepi standard, lebih baik mengurangkan cecair kira-kira sepertiga. Ia mesti berada pada paras daging dan sayur-sayuran. Anda tidak boleh terlebih mengisi cecair pada slow cooker anda, kerana ia akan menyebabkan kebocoran dan makanan tidak dimasak sempurna. Separuh hingga dua pertiga penuh adalah ideal, pastinya tidak lebih daripada tiga perempat.
Guna Tepung Untuk Pekatkan Sos
Anda boleh menggulung daging dalam tepung yang sudah ditambah serbuk berperisa sebelum menambahkannya ke dalam slow cooker atau menggunakan sedikit tepung jagung pada akhirnya. Jika anda ingin melakukannya pada masa akhir, ambil satu sudu teh atau dua sudu tepung jagung dan kacau dengan sedikit air sejuk sehingga jadi pes. Kemudian masukkan ke dalamslow cooker.
Menurut BBC Good Food, Giny yang sudah bekerja menggunakan slow cooker lebih dari satu dekad, menasihatkan untuk menggunakan slow cooker pada low setting sebanyak mana yang anda boleh, mendapati kebanyakan hidangan mendapat manfaat dari kepanasan yang perlahan dan lembut untuk benar-benar mengeluarkan rasa.
Tinggalkan Slow Cooker Anda Keseorangan
Slow cooker direka untuk melakukan kerjanya sendiri, jadi anda tidak perlu sentiasa memeriksa keadaan slow cooker tersebut. Hal ini kerana setiap kali anda membuka penutup, ia akan membebaskan haba, jadi anda terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
Menambahkan Semua Bahan Dari Mula ( Selalunya)
Sebaik-baiknya, anda ingin memilih resepi di mana, ramuan, boleh ditambahkan pada awalnya. Hal ini akan membiarkan anda bebas melakukan perkara lain. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, pasta, beras, dan herba segar perlu ditambah pada masa akhir.
Berapa Lama Saya Perlu Memasak Menggunakan Resepi Slow Cooker?
Sekiranya hidangan biasanya mengambil:
- 15-30 minit, masak selama 1-2 jam pada suhu tinggi atau 4-6 jam pada suhu rendah.
- 30 minit-1 jam, masak selama 2-3 jam pada suhu tinggi atau 5-7 jam pada suhu rendah.
- 1-2 jam, masak selama 3-4 jam pada suhu tinggi atau 6-8 jam pada suhu rendah.
- 2-4 jam, masak selama 4-6 jam pada suhu tinggi atau 8-12 jam pada suhu rendah.
Sayur yang berakar mengambil masa lebih lama berbanding daging dan sayur-sayuran lain, jadi letakkan ia berhampiran dengan sumber haba, di bahagian bawah periuk. Jadi anda boleh mencuba resepi-resepi menggunakan slow cooker untuk dihidangkan untuk keluarga dan yang tersayang pada bila-bila masa sahaja. Jom masak!