Baru baru ini nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza trending di Twitter apabila senarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce dan BTS. Kedudukan itu juga mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE. Rata-rata warganet melahirkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu Malaysia itu dengan jumlah anugerah yang mengalahkan beberapa selebriti terkenal dunia. “Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu dan satu-satunya penyanyi saya. Tolong, jangan berhenti menyanyi. Kami masih perlukan anda dalam industri.“Wow tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dahsyat betul boleh masuk dalam senarai ni.“Hanya satu-satunya artis Malaysia yang mewakili bersama bintang terkemuka yang lain. Syabas DS Siti Nurhaliza! “Wow ada Siti Nurhaliza dan kedudukannya di atas Celine Dion,” antara komen netizen yang berbangga dengan pencapaian itu.
Antara komen warganet di Twitter.
Untuk rekod, Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini. Sehingga kini, penyanyi berusia 43 tahun itu telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa. Penyanyi lagu 7 Nasihat itu adalah pemegang beberapa rekod untuk pelbagai anugerah dan penghargaan. Antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records. Sumber, mstar