Seringkali rasa malas dan letih lepas berbuka, Rupanya makanan bergoreng antara penyebabnya

Tahukah anda makan makanan bergoreng ketika berbuka puasa atau bersahur boleh memberi kesan buruk. Juadah berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng, popia goreng, karipap dan sebagainya. Hakikatnya pemilihan makanan untuk berbuka selepas seharian berpuasa sebenarnya sangat penting dan mampu memberi kesan kepada kesihatan. The Primary Health Care Corporation (PHCC) menyarankan kita untuk mengelakkan makanan bergoreng terutamanya ketika berbuka puasa. Hal ini kerana makanan bergoreng termasuk dalam kategori tidak sihat malah boleh menggangu sistem pencernaan seperti sakit perut, pedih ulu hati, kembung perut, kerap sendawa, mual, kurang bertenaga dan menyebabkan berat badan bertambah.

Makanan bergoreng cukup tinggi dengan kandungan natrium dan karbohidrat yang boleh mengurangkan tenaga sehingga membuatkan seseorang mudah berasa letih dan malas. Berikut merupakan kesan pengambilan makanan bergoreng berlebihan terutamanya ketika berbuka puasa dan bersahur. Tinggi kalori. Makanan bergoreng biasanya dimasak menggunakan kuantiti minyak yang banyak. Cara pemprosesan ini akan menambahkan lebih banyak kalori pada makanan. Selain itu, makanan bergoreng biasanya dibuat daripada tepung yang juga kaya dengan kalori dan lemak.

Misalnya, satu hidangan kentang panggang biasanya mengandungi hanya 93 kalori tetapi jika prosesnya ditukar kepada goreng, maka kalorinya bertukar menjadi 319 kalori dan 17 gram lemak. Jadi, cuba untuk tukar cara masakan daripada goreng kepada cara yang lebih sihat seperti rebus atau pun kukus. Tinggi lemak trans. Makanan bergoreng dimasak dengan minyak pada suhu yang sangat tinggi. Daripada proses ini akan mencetuskan pembentukan lemak trans. Makanan bergoreng juga sering kali dimasak dengan minyak sayur yang telah diproses dan mengandungi lemak trans sebelum dipanaskan. Dengan cara ini akan membuatkan makanan bergoreng menjadi makanan yang tinggi lemak trans di dalamnya. Walhal, lemak trans dikaitkan dengan peningkatan pelbagai risiko penyakit, termasuk penyakit jantung, knsr, diabetes, dan obesiti.

Mengandungi akrilamida. Akrilamida adalah sejenis toksik yang dapat dibentuk dalam makanan selama memasak dengan suhu yang tinggi, seperti menggoreng atau memanggang. Zat ini dibentuk oleh reaksi kimia antara gula dan asid amino yang dikenali sebagai asparagine. Makanan yang bertepung seperti produk kentang goreng, donut, atau bakwan memiliki penumpuan akrilamida yang lebih tinggi. Jika mengamalkan pemakanan ini, maka risiko untuk mendapat barah akan semakin tinggi. Akrilamida pada makanan boleh menjadi pendorong kepada gangguan ginjal, barah endometrium dan ovari. Namun, ada cara untuk makan makanan bergoreng bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Walaupun ia masih lagi dimasak menggunakan minyak, tetapi kuantiti minyaknya berkurang berbanding biasa.

Masukkan makanan dalam minyak yang betul-betul panas. Apabila menggoreng, pastikan minyak gorengan berada dalam suhu yang betul-betul panas. Ini akan mengurangkan penyerapan minyak ke dalam masakan anda. Makanan juga menjadi rendah kolesterol. Memasak menggunakan minyak yang betul-betul panas juga membuatkan makanan lebih garing dan sedap dimakan sewaktu berbuka puasa. Tapis makanan. Selepas siap menggoreng, dinasihatkan untuk menapis makanan tersebut terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Alaskan tisu di bawah makanan yang telah digoreng agar minyak tersebut diresap supaya baki minyak di atas makanan berkurangan. Sumber, mstar

Exit mobile version