Umum lagi kita ketahui dengan pasangan yang lengkap paras rupa ini. Fazura kongsi sesuatu di instagram, dia menerima kejutan berupa sejambak bunga daripada Fattah Amin, aktres terkenal tanah air, Nur Fazura, 38, meluahkan rasa senang dan terharu dengan pemberian suaminya itu sempena sambutan Hari Ibu semalam. Luahan itu dizahirkan oleh Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram malam tadi dengan memuat naik sebuah video ringkas di platform media sosial tersebut. “Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby. Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah,”katanya.
Selain itu, menerusi sekeping nota yang ditulis oleh Fattah kepada isterinya itu, tertera luahan pelakon drama Khilaf Asmara tersebut yang melayangkan ucapan terima kasih buat Fazura selama bergelar isteri dan juga ibu kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya. “Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima. Terima kasih mommy selalu jaga saya, jaga Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindunganNya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu. “Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,”katanya.
Perkongsian Fazura itu telah meraih banyak tanda suka daripada peminat dan pengikut dengan rata-ratanya warganet menyifatkan pasangan ini begitu manis dan bahagia sebagai suami isteri. Tidak cuma itu, ramai juga memuji Fattah yang disifatkan pandai menghargai isterinya. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia setahun setengah. Sumber, utusan
Fazura Akui Rezeki Makin Luas Sejak Berhijrah, Rupanya Pelakon Cantik Ini Sudah Sedia Berhijab Hujung 2021. Pertama kali melangkah keluar dengan transformasi hijab sepenuhnya, Fazura akui sungguh tenang. Sembunyikan amal ibadahmu, sebagaimana engkau menyembunyikan aib-aibmu. Siapa tak kenal dengan pelakon cantik popular dan anggun ni. Penghijrahan Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura sememangnya sudah diduga sejak awal lagi. Bermula dari sekadar berhijab hanya pada bulan Ramadan, Fazura dilihat perlahan-lahan menyenangi helaian yang lebih longgar dan sopan. Tidak mendadak, akhirnya transformasi Fazura secara rasmi berlaku pada penghujung 2021. Fattah Amin dan ahli keluarga Fazura pastinya menjadi orang terawal paling gembira melihat perubahan wanita berusia 39 tahun itu.
Perancangan manusia itu usaha dan perancangan Allah itu takdir. Sudah ditentukan penampilan Fazura sebagai penghias cover digital Majalah Nona sempena Ramadan ini akhirnya membuka banyak kisah yang menjadi tanda tanya.“MasyaAllah, Dia permudahkan semua yang Faz buat. Apa saja yang terdetik di hati, tiba-tiba jadi mudah. Now I respect myself more!” Ketika ditanya soal penghijrahan, jawapan Fazura ini menerangkan perasaannya. “Saya pun risau masa mula-mula nak berhijrah dulu. Tapi niat saya hanya untuk Allah Taala. Bukan untuk riak. Semua ibadah yang saya buat, biarlah itu di antara diri saya dan Allah SWT. Bukan untuk media sosial. Bukan untuk tatapan umum.
Kalau ‘ditayangkan’ saya sedang bersolat atau mengaji, terasa macam riak pula dan itu amatlah sia-sia.” Fazura. Sambil mengiyakan pendapat bahawa untuk bertudung itu mudah tapi untuk beristiqamah itu yang susah, Fazura yang sangat menyenangi bacaan Yasin dan surah Al-Waqiah tegas berpegang pada niat sebenarnya, iaitu menjadi wanita Muslimah. “Of course everyone has their own struggle. Macam saya yang baru berhijrah pun, hati selalu berbolak-balik. Saya selalu berdoa dan mohon juga doa semua kepada Allah agar kebaikan ini berterusan buat selama-lamanya.” Fazura juga menolak sangkaan klise tentang fenomena artis bertudung semata-mata untuk berniaga. Itu baginya ibarat kerja si penunggang agama!
Husnuzon dengan takdir Allah, pasti hikmah di sebaliknya besar sekali. Sebagai wanita yang pernah menjadi ikon fesyen, adakah jiwa Fazura terhadap seni fesyen telah benar-benar berubah? “Sekarang Faz lebih seronok dan suka berfesyen, malah makin suka explore macam-macam gaya hijabi. Mujurlah sejak dulu Faz seorang yang ringkas dan suka tudung bawal. Koleksi wardrobe pun banyak seluar jeans dan oversized shirt yang sesuai dengan diri Faz yang baru. Cuma itulah, Faz nak cuba lebih banyak stail berbeza.” Fazura Galak Fazura bercerita usikan teman hijab stylist, rasa insecure tentang ‘pipi tembam’ bagai tak boleh dipisahkan.“Mereka selalu melenting bila saya minta ‘depankan’ tudung. Saya suka minta stail yang buat pipi nampak runcing dan tirus. Padahal pipi tak tembam pun. Kita je selalu rasa macam tu pada diri kita.” Sumber, Nona