Pelakon Mira Filzah tidak dapat menahan sebak apabila bayinya, Wan Khair Amir selamat berkhatan atau sunat ketika baru berusia sebulan. Pun begitu, Mira tetap berasa bangga melihat anaknya yang berada dalam keadaan tenang ketika proses berkhatan berkenaan. “Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkhatan. “Mama sebak dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. “Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja. “Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami,” katanya. Mira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri yang sama Mira berkongsi beberapa keping gambar bayinya ketika proses itu serta fotonya yang dilihat sebak. Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anaknya.
Tidak ketinggalan penyanyi sohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi rasa yang sama ketika anak lelakinya menjalani proses berkenaan. “Kak Iti pun menangis masa Afwa berkhatan,” kongsinya di ruangan komen. Mira turut membalas komen itu. “Tak sampai hati dengar menangis tapi tak boleh buat apa,” responnya. Terdahulu pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Gempak
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.