Spekulasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya. Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan satu kiriman mesej yang diterima menerusi direct message (DM) pada Selasa. Dalam tangkapan skrin (screenshot) itu mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila. Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!! ‘Terima kasih DM saya. Kalau betul, alhamdulillah,’ demikian respon aktres berumur 37 tahun selepas mendapat khabar angin itu. Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.
Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didakwa warganet di media sosial. “Hahaha. Ngaruikk (mengarut).” Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu. Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya. Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang. “Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.
Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri. Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu. “Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu. Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana