Umum memang kita tahu dengan drama ini. Nama Aidit Noh kembali menjadi sebutan peminat selepas muncul dalam drama Dendam Seorang Isteri. Pelakon Aidit Noh pernah merasakan dirinya dipinggirkan dan hanya diberikan watak tambahan selain ada menyangka dia sudah meninggalkan dunia lakonan. Aidit atau Ahmad Aidit Noh, 29, berkata, lebih menyedihkan apabila mendapat sesuatu tawaran bayaran diberikan setara dengan pelakon tambahan yang disifatkan tidak setimpal. “Sebelum ini saya memang berehat seketika kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran dan disebabkan itu saya jarang muncul di televisyen sehingga ada menyangka saya sudah tinggalkan dunia lakonan.
Aidit berkahwin pada Mei 2021 bakal menimang cahaya mata pertama bersama isteri sekitar November depan.
Katanya lagi “Ketika itu memang rasa seperti dipinggirkan sehingga tiada tawaran berlakon kecuali sebagai watak tambahan. Ada produksi panggil berlakon tetapi bayaran setara dengan pelakon tambahan,” katanya kepada mStar. Pun begitu, Aidit tidak patah semangat untuk menaikkan kembali namanya dalam industri meskipun perlu bermula daripada bawah. Peluang melakonkan watak Naufal dalam drama fenomena Dendam Seorang Isteri kata Aidit telah membuka jalan buatnya untuk kembali ke landasan yang betul bagi membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon berbakat.
Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja.
Aidit berkata “Saya sedar kehadiran ramai pelakon baru mempengaruhi kerjaya lakonan tetapi saya tidak berputus asa untuk kembali bangkit dan Alhamdulillah tawaran berlakon dalam Dendam Seorang Isteri telah membuka kembali jalan saya dalam industri. “Saya susun kembali strategi dan perlahan-lahan memperbaiki diri serta tidak kisah bermula dari bawah. Alhamdulillah Dendam Seorang Isteri buka jalan dan kembali mendapat perhatian peminat dan industri,” ujarnya. Sementara itu, berkongsi tentang kehidupan peribadinya, Aidit yang melangsungkan perkahwinan pada Mei tahun lalu memberitahu tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinanya dengan isteri dikenali sebagai Hanani.
Aidit tak kisah bermula dari bawah bagi membina kembali namanya sebagai pelakon.
Selanjutnya “Saya berkahwin ketika negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi ia dilangsungkan dalam suasana sederhana. Hanya segelintir yang mengetahui perkara itu tambahan pula kerjaya lakonan saya masa itu agak perlahan. “Jadi mustahil untuk saya mencanang tentang perkahwinan. Awalnya saya fikir nak beritahu selepas kelahiran anak sulung tetapi kebetulan drama Dendam Seorang Isteri sedang mendapat sambutan hangat. “Jadi saya maklumkan sahaja biar kisah kerjaya dan peribadi itu bergerak seiring,” jelasnya.
Aidit bersyukur sambutan hangat Dendam Seorang Isteri membuka semula peluang buatnya aktif dalam bidang lakonan.
Tambah Aidit, isterinya kini sedang hamil lima bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar November depan.cBercerita mengenai penerimaan isteri terhadap kariernya sebagai aktor, Aidit tidak menafikan wanita itu pada awalnya sukar menyesuaikan diri dengan jadual penggambarannya yang tidak menentu. “Sebelum kahwin dia kata boleh terima, tetapi selepas berkahwin baru dia tahu bagaimana cara saya bekerja. Tetapi lama-lama dia okay, maklum sahaja kita ini bekerja hampir 80 peratus dengan wanita. “Saya akan benarkan isteri periksa telefon selain baca mesej di media sosial, bila sudah lama-lama dia tak kisah, tetapi saya sendiri pun selepas kerja selesai akan terus pulang ke rumah,” jelasnya. Sumber, mstar
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI