Siapa tak kenal dengan juara Big Stage musim ketiga ini. Azzam tidak percaya bakal jadi bapa. Setelah sekian lama mengunci mulut, akhirnya penyanyi Azzam Sham berkongsi berita gembira isterinya iaitu Sheryl Shazwanie kini hamil lima bulan. Menurut Azzam, 25, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu sebelum ini kerana mengikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi terlalu awal. “Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan.
Azzam dan Sheryl teruja bakal timang anak.
Katanya “Sudah lama saya simpan berita ini. Tetapi ikut nasihat keluarga lebih elok rahsiakan dulu. Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan,” katanya kepada mStar. Tidak percaya bakal bergelar bapa hujung tahun inj, Azzam berkata dia banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapanya mengenai hal penjagaan bayi. Dalam pada itu, Azzam turut memberitahu dia akan mempertimbangkan sebarang tawaran kerja kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
Katanya lagi “Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda. “Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet. “Selepas ini mungkin saya perlu pertimbangkan tawaran kerja yang terlalu lama. Tidak boleh pulang lewat kerana mahu beri tumpuan kepada isteri dan anak,” ujarnya. Untuk rekod Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya. Dalam perkembangan lain, Azzam baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Pusara Kasih. Meluahkan rasa lega kerana lagu itu akhirnya dilancarkan, Azzam memberitahu ia dirakamkan pada tahun 2019.
Azzam lancar lagu baharu, Pusara Kasih.
Sebelum ini, Azzam pernah meluahkan rasa kecewa dengan syarikat rakaman gara-gara lagu tersebut mengambil masa lama untuk dilancarkan. “Lega juga akhirnya lagu ini dilancarkan. Sebelum ini peminat asyik bertanya dan saya akan jawab tak lama lagi. Seolah mcm menipu dengan peminat. “Tak perlu nak panaskan cerita lagu ini lambat keluar kerana semua sudah selesai,” ujarnya. Sumber, mstar