Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama bidadarinya itu. Memetik mStar Online, Shuib berkata dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengalihkan perhatian daripada teringatkan isteri. “Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia. “Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini. “Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya.
Kata Shuib lagi, dia masih merasakan seperti Sarah masih hidup lebih-lebih lagi melihat video atau foto kenangan. “Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik Sarah kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada. “Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu. Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya. Dalam pada itu, Shuib tidak menghalang jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk bertemu jodoh suatu hari nanti apatah lagi anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
“Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai. Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak. “Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” katanya. Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama bidadarinya itu.
Memetik mStar Online, Shuib berkata dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengalihkan perhatian daripada teringatkan Sarah. “Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia. “Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini. “Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya. Kata Shuib lagi, dia masih merasakan seperti Sarah masih hidup lebih-lebih lagi melihat video atau foto kenangan.
“Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik Sarah kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada. “Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu. Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya. Dalam pada itu, Shuib tidak menghalang jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk bertemu jodoh suatu hari nanti apatah lagi anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. “Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai. Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak. “Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” katanya. Sumber, rotikaya