Satu Malaysia memang tak asing lagi dengan penyanyi ini. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kotak suara seseorang penyanyi boleh terganggu, terutama jika membuat persembahan untuk empat hari berturut-turut. Apatah lagi, jika persembahan penyanyi itu disulami dengan emosi yang mendalam sehingga mungkin tidak dapat meneruskan persembahan kerana gagal mengawal perasaan. “Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.
Katanya “Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” katanya. Penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu mengulas insiden yang tular, baru-baru ini apabila Ning tidak dapat menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dengan baik sehingga menerima kecaman teruk daripada segelintir pengguna media sosial. Namun, pada masa yang sama, rakan-rakan artis antaranya Datuk Hattan, Ramlah Ram dan Datuk Ramli MS mempertahankan penyanyi bersuara soprano itu.
Sementara itu, Siti Nurhaliza juga sempat menitipkan pesanan sesama rakan artis supaya Ning bertenang dan tidak terlalu melayan kecaman segelintir warganet di media sosial. “Sekarang teknolgi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang. “Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” katanya. Sumber, trending sangat