Sudah agak lama tidak mendengar khabar berita dari pempengaruh media sosial yang juga merupakan adik kepada seIebriti terkenal dan usahawan berjaya Neelofa. Baru-baru ini menerusi perkongsian di laman sosial, Ameera Khan seakan-akan memberi bayangan yang dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2023. Ameera menjawab soalan yang diajukan pengikutnya menerusi ruangan Ask Me Question. Kata Ameera, 21, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2022, sudah mempunyai tarikh perkahwinan dan cincin namun masih belum mempunyai calon suami. Ameera turut memuat naik foto menggayakan sebentuk cincin emas putih bertakhtakan batu berlian. “Insya-Allah pada tahun 2022. Belum lagi tetapi cincin dan tarikh kahwin sudah ada, sedang mencari jodoh ketika ini. Saya cuma cakap tahun 2022 dan terus berdoa perkara tersebut akan terjadi,” ujarnya.
Ditanya sama ada lelaki berwajah kacak atau lelaki kaya, pemilik nama Nur Ameera Khan menolak kedua-duanya. Sebaliknya jawab Ameera; “Seorang lelaki yang patuh pada Yang Maha Esa.”Dalam pada itu, Ameera turut berkongsi pesanan yang pernah diberikan Neelofa. “Jangan biar sesiapa (khususnya kaum lelaki) menyuruh melakukan sesuatu haI atau menghalang melakukan perkara yang anda suka. “Ini merupakan nasihat paling terbaik kerana kadang-kadang saya juga boleh menjadi seorang yang tidak bijak,” ujarnya. Sebelum ini, timbul desas-desus wujud bibit cinta antara Ameera dan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol apabila mereka dilihat saling berbalas komen di Instagram. Tidak bertahan lama, Ameera kemudian dilihat tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram dan bertindak memadam semua komen di gambar pelakon filem KuntiIanak itu. Sumber, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.