Penyanyi Sissy Iman memaklumkan dia akan ditidurkan buat seketika bagi menjalani satu prosedur kesihatan ke atas dirinya hari ini. Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama penuh Sissy Iman Mohammad Kamil turut meminta maaf dan mohon urusannya itu dipermudakan.
“Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon maaf. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan. Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedure di mana saya akan ditidurkan buat seketika,” kongsinya. Tambah pelantun lagu Pesanan Ayahanda itu, dia berharap agar semua pihak untuk tidak menghubungi ahli keluarganya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. “Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya menegenai maklumat lanjut mengenai perkara yang saya hadapi ini. Terima kasih semua kerana memahami,” tambahnya.
Bagaimanapun, jenis prosedur yang dijalankan Sissy tidak dinyatakan. Sementara itu, ruangan balas milik bekas peserta Big Stage musim pertama itu dihujani kiriman doa daripada kalangan rakan artis dan peminatnya. Sumber, Gempak
Sissy Iman Akui Dirinya Jarang Dikaitkan Dengan Gosip Hangat, Sissy Iman Dedah Cara Tersendiri Elak Perkara Buruk
Siapa tak kenal dengan penyayi ini. Jarang diterpa gosip-gosip besar, mungkin itu boleh disifatkan terhadap pelayaran kerjaya penyanyi Sissy Imann sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia. Jarang dterkait dengan gosip-gosip besar, mungkin itu boleh disifatkan terhadap pelayaran kerjaya penyanyi Sissy Imann sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia. Bercakap hal tersebut, Sissy akui menjalani kehidupan hariannya seperti biasa dan tidaklah terlalu mengawal untuk berkawan dengan sesiapa. Namun bintang Big Stage musim pertama itu mengatakan, dia dikelilingi oleh insan-insan yang positif.
Katanya “Sebenarnya saya lalui hari saya seperti biasa sahaja, ada juga saya lepak bersama kawan-kawan di luar sana. Alhamdulillah mereka yang rapat di sekeliling saya semuanya positif belaka, saya sendiri serasi dan keluarga pun kenal mereka. “Saya bukanlah terlalu menjaga nak kawan dengan sesiapa, kawan-kawan saya terdiri daripada yang turut berkecimpung dalam industri dan ada juga di luar industri hiburan,” katanya ketika ditemui Murai MY baru-baru ini.
Pun begitu, Sissy yang juga aktif dalam pengacaraan akui pernah mendengar pihak tertentu bercakap kurang baik tentang dirinya, namun dia memilih untuk mengetepikan perkara negatif dan hanya bersangka baik. “Pernah juga tapi orang itu bukanlah yang rapat dengan saya. Sampai ke teliga saya tapi saya lebih selesa untuk tidak memikirkan hal-hal begitu, mungkin individu tersebut mempunyai maksud lain, tapi yang sampai ke telinga kita jadi lain, eloklah jika kita positif sahaja.
Luahnya lagi “Di media sosial pun ada, saya terima mesej-mesej yang kadang-kadang mengkritik saya mahupun ayah saya, tapi saya tak ambil pusing pun,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Sissy akan muncul mengacarakan program nyanyian terbitan TVS, Getaran Jiwa bersama Jiggy Masin mulai 21 Oktober ini. Menampilkan 40 peserta, program tersebut akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 8.45 malam di saluran 122 Astro dan MYTV. Sumber, murai