Memang tengah popular sekarang ni dengan movie terbaru yang ditayangkan. Penerbit filem ‘Talbis Iblis’ iaitu Gayatri Sulin Pillai menghormati keputusan kerajaan Brunei yang mengharamkan tayangan filem terbabit di negara mereka. Menurut Gayatri, setiap negara mempunyai proses penapisan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan dan pihaknya akur dengan keputusan yang dilakukan.
Katanya lagi, kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan. Setiap negara mempunyai peraturan dan kriteria serta garis panduan yang sudah ditetapkan. Jadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam filem tidak memenuhi kriteria terbabit. Sebelum ini, kerajaan Brunei telah mengharamkan tayangan filem seram arahan Khabir Bhatia di negara itu tanpa memperincikan butiran lanjut. Perintah larangan itu hanya diketahui apabila Times Cineplex Brunei memuat naik makluman tersebut di Instagram mereka.
Mengharamkan filem sebegini, saya rasa tiada alasan sebenar untuk melakukannya. Ia bukan dalam erti kata global, tetapi jika mereka mempunyai set peraturan sendiri dan seseorang menerangkannya kepada saya, maka saya boleh memberikan reaksi berbeza. Sebaliknya tidak salah untuk filem ini diharamkan jika ia atas sebab yang betul, contohnya ia menakutkan. Sumber, oh bulan
Nasha Aziz Lama Berdiam Akibat Tahan Sakit, Rupanya Zul Ariffin Jatuhkan Sesuatu Buat Kaki Nasha Aziz Bengkak. Siapa tak kenal pelakon veteran cantik popular ini. Pelakon Nasha Aziz terpaksa menahan sakit selepas berdepan kemalangan kecil ketika penggambaran filem Talbis Iblis. Ketika ditemui OhBulan!, Nasha menyatakan kakinya bengkak gara-gara pelakon Zul Ariffin tidak sengaja terjatuhkan gari besi ketika menjayakan satu babak. Biarpun sedang menanggung kesakitan, aktres berumur 51 tahun ini tetap mengutamakan profesionalisme dan meneruskan lakonan seperti biasa.
Zul akui tak sengaja
Hendak dijadikan cerita, masa penggambaran dengan Zul, dia seperti tengah tidak senang hati disebabkan penggambaran bermula lambat. Ketika dia bercakap-cakap dengan kru yang ada di set, dia terjatuhkan gari besi yang sedang dipegang dan terkena kaki saya. Memang sakit. Tapi, disebabkan mahu tunjuk diri profesional, saya diamkan sahaja. Dalam hati memang rasa nak menangis, gari besi kot.
Kata pemilik nama Noraishah Abdul Aziz, Zul beberapa kali memohon maaf sejurus berlaku insiden yang tidak diingini itu. Banyak kali juga dia minta maaf dengan saya kerana tidak sengaja. Saya diam saja sebab tengah tahan sakit dan tetap kena teruskan juga babak tersebut. Saya pula dengan persalinan watak hantu, mahu atau tidak kenalah tahan air mata walaupun kaki sudah bengkak. Kata nak jadi hantu (sambil ketawa).
Kena bereksperimen
Bercerita mengenai watak Junaidah dalam filem arahan Khabir Bhatia itu, Nasha mengakui sangat mencabar dan banyak tenaga yang perlu digunapakai. Kebanyakan babak dalam filem ini, saya lakukan sendiri. Susah sudah tentu, lagipun tidak ada benda yang senang di dunia ini. Tapi, saya suka terutama apabila banyak pihak memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap saya.
Boleh dikatakan, babak kena gantung paling sukar untuk disempurnakan dan menjelang akhir cerita, memang banyak adegan yang memerlukan energi berganda dan menuntut saya bereksperimen. Saya tidak merujuk mana-mana watak atau karya untuk membawa watak Junaidah. Saya bayangkan sendiri bagaimana mencorakkan karakter ini untuk mencabar sejauh mana kemampuan diri dalam lakonan.
Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Production dan MM2 Entertainment ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi. Filem seram Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober ini. Sumber, awatttsyeikhh