YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu. Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan, pada Khamis. Anwar dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada pukul 5 petang, Khamis.
Muat naik gambar gunting rambut pada pukul 10.22 malam, sekali ini komen warganet lepas Anwar Ibrahim muat naik di Twitter. Hari ini, salah seorang daripada dua nama besar iaitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Terbaru, ciapan Anwar di akaun Twitter miliknya menarik perhatian warganet. Menerusi hantaran tersebut, Anwar, 75, menyatakan dia sempat merapikan penampilan diri dengan menggunting rambut sejurus selesai berkempen pilihan raya.
Sempat singgah potong (gunting) rambut setelah selesai berkempen pilihan raya. Singgah ke kedai gunting rambut di Sungai Long yang diusahakan oleh saudara Edy, seorang anak muda yang berhijrah dari Miri. Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial tidak fokus ;tweet’ itu ditujukan kepada siapa. Sebaliknya, kata warganet suami kepada Wan Azizah Wan Ismail ini seakan memberi gambaran bahawasanya dia bakal naik ke kerusi pemimpin. Menurut pemilik akaun @HausofHilton, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sengaja ‘tweet’ pada pukul 10.22pm kerana hari Rabu adalah 22 November dan PM10 bermaksud ‘Perdana Menteri 10’. Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad menitahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang, hari ini. Sumber, Oh Bulan
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.