Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyatakan pendirian sebagai penyokong Barisan Nasional untuk membantah pembentukan kerajaan Persekutuan melalui gabungan BN dan PH. Pelakon Ellie Suriaty mengingatkan masyarakat supaya mengingati semula pengalaman pahit sewaktu Parti Pakatan Harapan (PH) memerintah kerajaan selama 22 bulan. Perkara itu telah dibangkitkan Ellie menerusi sebuah hantaran Instagram yang dimuat naiknya, semalam. “Tahun 2018, saya adalah seorang aktivis politik yang tegar membangkang kerajaan PH. Mengapa? Kerana suasana tidak harmoni di kalangan rakyat yang sengaja dicetuskan kerajaan PH ketika itu.
Tuntutan-tuntutan serta cubaan-cubaan mengarut tidak masuk akal kerajaan PH melalui polisi serta dasar-dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan termasuk menindas hak Agama Islam, Bangsa Melayu di dalam tanah air kami sebagai Anak Watan ketika itu. “Adakah saya rasis? Tidak sama sekali. Saya hidup di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Saya menghormati Perlembagaan Persekutuan Perkara 8,” katanya. Namun, dia menyifatkan tindakan PH sebagai melampau apabila meminta campur tangan Mahkamah Antarabangsa berkait isu di dalam negara. “Tuntutan kerajaan PH terhadap Mahkamah Antarabangsa untuk meratifikasikan Statut Rome, di mana Yang DiPertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa oleh kerajaan PH atas berbagai alasan kelak!.
“Apakah tujuan kerajaan PH memohon ratifikasi Statut Rome itu? Semua negara-negara Eropah yang mengamalkan sistem Beraja Perlembagaan menolak Statut Rome. “Arab Saudi menolak. Amerika Syarikat menolak. Bahkan, Singapura turut menolak ratifikasi Statut Rome supaya Mahkamah Antarabangsa tidak masuk campur dalam urusan negara mereka, tetapi kerajaan PH ketika itu memohon untuk ratifikasi Statut Rome? “Di atas desakan-desakan, desakan aktivis politik, serta parti pembangkang Umno dan Pas ketika itu, maka permohonan ratifikasi Statut Rome oleh kerajaan PH telah di tarik balik di tahun 2019,” katanya.
Ellie turut membangkitkan semula isu permohonan ratifikasi Icerd oleh PH. “Sebuah perhimpunan besar-besaran telah menyaksikan seramai 1.97 juta umat Islam menentang permohonan kerajaan Ph untuk meratifikasikan Icerd secara aman. “Apakah Icerd? Mengapakah srngn-srngn halus yang bakal menjahanamkan setiap organisasi kekeluargaan disasarkan kerajaan PH terhadap rakyat Malaysia yang majoriti bilangannya beragama Islam, berbangsa Melayu? “Adakah Melayu rasis? Tidak. Melayu sangat mendakap persahabatan, Melayu bersifat melayan kerenah,” katanya.
Ellie juga cuba menyedarkan ramai bahawa calon Perdana Menteri tidak bersifat individual. “Beliau tidak membawa agendanya sendiri. Tidak membawa manifestonya sendiri. Siapa yang kamu pilih datang sekali dengan agenda serta manifesto parti naungannya,” katanya. – Getaran, 17 November 2022. Kredit, Limauasamboi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.