Dari awal berhasrat nak kahwin awal, Elyana tampil buka rahsia lamanya

Penyanyi Elyana mengakui dia sejak awal berhasrat untuk membina masjid ada usia muda, apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, sebelum ini. Elyana berkongsi cerita berkenaan sebegai mengenang ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 bersama Khairul Anuar Husin. Menerusi Instagram, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, menambah dia yang ‘melamar’ suami ketika itu.

“Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal. Siap pasang niat, siapa je jadi boyfriend saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar masa tu! Lantak la orang kata perigi cari timba ke. Janji nak kahwin! Hidup kita,kita la yang mencorak kan…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, Elyana turut memberikan kejutan istimewa buatnya suami, bersempena dengan hari jadi Khairul yang ke-47. Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada19 November 2010. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya matai iaitu Cinta Sumayyah, 11, selain menjaga seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun. Sumber, Media Hiburan

Elyana ambil keputusan untuk tidak jelaskan apa apa, Akui sedih dengan komen dari warganet

Serdang: “Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya,” kata penyanyi Elyana mengenai kontroversi terbarunya yang kini tidak lagi bertudung. Elyana, 35, berkata, selagi dia menjelaskan selagi itulah macam-macam cerita yang dirasakannya tidak masuk akal akan timbul.”Jadi, demi menjaga tatasusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya, nama baik jangan ceritalah kerana dah lama jadi tak baik.

Katanya “Demi menjaga jiwa saya sebenarnya, saya ambil keputusan tidak mahu menerangkan apa-apa untuk mereka yang tidak mahu langsung memahami perkara ini. “Dalam hidup saya, tidak pernah ada penyesalan sebab ini adalah proses kehidupan. Apa yang saya boleh cakap, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa yang baik. Jiwa saya kerana dulu saya selalu fikirkan jiwa dan hati orang,” katanya.

Elyana berkata, dia akan membuat apa yang dirasakannya terfikir untuk buat. “Dan baik buruknya saya yang akan tanggung. Inilah saya. Jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah dan jika anda tidak boleh menerimanya, saya tak boleh buat apa-apa. “Saya berfikir masak-masak. Saya tak nak cakap apa-apa (sebab membuka tudung). Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya selama ini. “Jika anda rasa ingin lagi mendoakan saya, harapnya doa ini berbalik kepada anda. Dan jika anda rasa saya tidak layak untuk dapat doa anda, saya tetap mendoakan anda supaya hidup anda dipermudahkan Allah,” katanya.

Selepas memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram baru-baru ini, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, tampil di program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, petang ini.

Menurut Elyana jika diberi pilihan atau tiada kena mengena dengan industri seni, dia mungkin akan meminggirkan media sosial. “Mungkin saya kena letak sempadan untuk komen. Ia bukan bermaksud saya salah atau takut. Cuma nak adakan jurang dengan pengikut. “Sebab selama ini orang rasa senang sangat untuk komen saya. Saya senang dan suka untuk rapat dengan orang dan berkawan dengan peminat. “Tapi kadang-kadang kebaikan kita tak dibalas dengan baik. Sekarang masa untuk saya letakkan jurang,” katanya.

Biarpun mengelak dari membaca komen, penyanyi lagu Kalis Rindu ini mengakui terbaca warga net yang menulis menyesal mendoakan dia. “Ada terbaca juga. Walaupun elak tapi tetap orang ‘tagged’ saya. Itu salah satu perkara yang menyedihkan saya sebenarnya. “Tapi tak apalah semua itu tak boleh dipaksa. Jadi, insya Allah suatu hari nanti kalau tertulis menjadi apa yang mereka inginkan saya jadi, ia akan jadi juga.

Selanjutnya “Fokus saya adalah menjaga jiwa saya, hidup dan keluarga saya. Saya tak mahu salahkan sesiapa. Cuma saya manusia biasa. Masa kita senang semua akan datang tapi masa kita susah hanya diri kita dan keluarga kita yang akan ada,” katanya agak emosi. Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 12, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun. Sumber, harian metro

Exit mobile version