Pelakon Datin Paduka Eina Azman menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Terdahulu, pasangan itu disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos tahun lalu yang juga hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka. Kata pemilik nama lengkap Ainur Syakina Azman, ketika insan kesayangannya itu bertrung dengan jangkitan Covid-19 sekitar Ogos tahun lalu, dia bernazar mahu kembali ke Tanah Suci selepas Kaiser sembuh seperti biasa.
Melihat di Instagram miliknya, Eina bukan sahaja menunaikan umrah berdua bersama suaminya sahaja. Kali ini, di turut bersama-sama kakaknya dan juga sahabat suaminya. Bukan itu sahaja, Eina juga turut berkongsikan kepada peminat video sepanjang perjalanannya menunaikan umrah tersebut. Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata memuji dan bersyukur melihat perjalanan Eina dan suami menunaikan umrah. Selain dari itu, warganet juga turut mempersoalkan ‘fashion’ ataupun cara pemakaian sepanjang mereka menunaikan umrah. Warganet juga turut menyatakan seolah-olah terdapatnya pertandingan kaca mata siapa yang paling besar antara mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.