Tular rakaman Alvin Chong yang terlihat wajah Janna Nick dan Dini, sekali ramai yang tertanya status hubungan mereka

Hubungan cinta antara pelakon Janna Nick dan aktor, Dini Schatzmann dikhabarkan sudah menemui titik noktah.

Janna & Dini muncul

Namun, status hubungan Janna dan Dini kembali menjadi bualan ramai selepas dilihat muncul berdua dalam video pelakon Alvin Chong. Menerusi rakaman di TikTok memaparkan Janna dan Dini menyanyi dan menari mengikut rentak lagu terbaharu Alvin yang berjudul Mengapa Ku Rasa Terseksa.

Dalam video tersebut, Janna dan Dini kelihatan senyum dan bahagia namun tidak dapat dipastikan sama ada itu video lama atau selepas Janna memuat naik status berbaur patah hati menggambarkan perhubungan mereka telah berakhir. Di ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar pasangan sejoli ini masih bersama hingga ke hujung nyawa.

@eonnizi7: Tak putus lagi kan. Berharap mereka ke jinjang pelamin dan hubungan kekal selamanya. @shoppex4ya: Lah kata dah clash dua dua tu? Elok pulak masih bersama.

Diam menyepi

Terdahulu, Janna Nick dan Dini Schatzmann memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku. Sumber, TikTok @alvinchong123 & Oh Bulan

Kecoh pasal Janna Nick putus cinta, kali ni Janna nekad bawa diri ke Eropah

Pelakon dan penyanyi Janna Nick membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan selepas memuat naik status menggambarkan status hubungannya dengan aktor Dini Schatzmann sudah berakhir. Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu ingin mencari ketenangan di negara Eropah ketika bertemu secara tidak sengaja dengan aktres Puteri Sarah Liyana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu. “Cari ketenangan… cari ketenangan di Eropah okay,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Instastory miliknya memberitahu terserempak dengan aktres tersebut dan memintanya menjaga diri di tempat orang. Janna yang kelihatan sugul dan memakai kaca mata hitam turut dilihat memeluk Puteri Sarah ketika mereka bertemu. “Boleh pula terjumpa Janna Nick dekat lapangan terbang. Jaga diri di mana mu berada nanti. Love you,” tulisnya.

Terdahulu, Janna Nick menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran cinta mereka sudah berakhir. “Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya. Janna turut unfollow Instagram Dini namun aktor itu masih mengikuti akaunnya. Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.

Janna Nick muat naik sesuatu di laman ig macam bagi bayangan dah putus cinta, sekali ini pula komen warganet. Penyanyi dan pelakon Janna Nick menerusi sebuah video mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ dan sudah tidak lagi bersama kekasihnya Dini Azan Schatzmann. Eh, biar betul! Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 27 tahun itu di TikTok, memaparkan dirinya sedang menjamu selera. Namun, apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet adalah status Janna di mana dia menyatakan bahawa dirinya single seperti sudah putus bersama Dini.

Janna. 27 tahun. Single. Tak suka buka packaging sambal. Ada yang lahir 1995? Bagaimanapun, di Instagram, pelantun lagu Gatal ini memuat naik hantaran yang mengukuhkan lagi kenyataannya. Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya. Hasil pemerhatian mendapati Janna telah menutup ruangan komen di Instagram. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan seperti tidak percaya Janna sudah putus dengan Dini. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.

Exit mobile version