Pasti semua sudah cukup kenal dengan tokoh terkenal dan disegani ini. Siapa lagi kalau bukan Ustazah Asma’ Harun. Pendakwah terkenal ini berjaya menyampaikan ilmunya dengan begitu hebat sehingga dikagumi ramai. Baru-baru ini, Ustazah Asma menyuarakan kebimbangannya terhadap anak muda generasi kini yang memandang mengundi ini sesuatu hal yang tidak penting sehingga ramai diantara mereka yang tidak keluar mengundi.
Keluar Mengundi Tak Penting
Menerusi video yang dikongsi di tiktok @dillahussin, Ustazah Asma telah meluahkan rasa bimbang terhadap suara-suara yang menghasvt anak muda masa kini untuk tidak keluar mengundi. Menurutnya, perkara ini berlaku kerana faktor kepercayaan mereka terhadap pemimpin sekarang sehinggakan mereka tidak mahu keluar mengundi. “Cuma yang saya bimbang harini, mula kuat suara yang kata ‘tak payahlah mengundi, bukan betul pun’. generasi harini mula rasa tak penting berkenaan keluar nak mengundi.” – Terangnya.
Katanya lagi, generasi muda bimbang akan membuat pilihan pemimpin yang salah dan akan disoal di akhirat nanti. Sempat beliau menyoal para anak muda sama ada tidak keluar mengundi itu tidak akan disoal kelak. “Ala,semua tak boleh percaya. kang salah pilih kan kena jawab dengan Allah. Adakah tidak keluar mengundi itu tak kena jawab?” – ujar Ustazah Asma.
“Mahukah Negara Ini Tergadai”
Undi jangan tak undi, keluarlah mengundi, hak kita menentukan pemerintahan negara Malaysia, nak tuju ke mana. Menurutnya, sekiranya masyarakat Melayu Islam ini masih tidak mahu ambil berat dan mengabaikan sistem pemerintahan ini, dan masih tidak mahu keluar mengundi, jangan pelik kalau pemerintahan negera akan jatuh di tangan bukan Melayu Islam. “Apabila orang Melayu Islam mula tidak mahu ambil tahu dan buat tak endah dengan sistem pemerintahan, tak ambik port, tak nak ambil tahu dan tak nak mengundi, boleh jadi pemerintahan negara bukan di tangan Melayu Islam,” -tegasnya.
Tambahnya lagi, pasti akan ada mana-mana pihak yang sudah lama mahu mengambil alih sistem pemerintahan akan mengambil peluang. Katanya: “Bila orang Melayu Islam tidak mahu ambil tahu, akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Akan ada pihak yang betul-betul rancang, mahukah negara ini tergadai?” Jadi, pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang bijak. Sumber, Murai.my