Lepas jalani operasi tulang belakang rezeki makin murah, ramai yang mendoakan buat Zamani

Meninjau keadaan terkini penyanyi kesayangan ramai, Zamani Slam, 52 selepas selamat menjalani operasi betulkan tulang belakang yang melengkung gara-gara sakit skoliosis pada 7 November lalu, kini dilihat boleh jalani kehidupan yang lebih ceria dan bertenaga. Baru-baru ini seperti mana perkongsian di Instagram Julie_zamanislam dapat dilihat, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Memetik perkongsian di akaun facebook Artis Malaysia, difahamkan Zamani bukan sahaja dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik. Malah, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu ‘Yes Sir’ itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai. Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ itu harus pulang awal.

“Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi,” katanya ketika sidang media berlangsung. Terdahulu, Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya. “Banyak juga yang terbatas. Sakit pula ‘on and off’ datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengk4k, namun digagahkan juga untuk buat persembahan,” jelasnya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zamani memaklumkan,dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Komen warganet:

Sumber, keluarga.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dah tak bongkok lagi, isteri tampil dedah Zamani sudahpun dibenarkan pulang ke rumah. Tiga hari ditahan dalam wad usai operasi membetulkan tulang belakang melengkung akibat sakit skoliosis, penyanyi Zamani Ibrahim kini dibenarkan pulang ke rumah. Perkembangan terkini penyanyi berusia 51 tahun itu dikongsi isterinya, Nur Juliana Abd. Rani. “Assalamualaikum semua, alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital pada petang ini,” katanya dalam satu kiriman mesej kepada Kosmo! Online.

Juliana turut berkongsi berita gembira tersebut dalam Instagram yang disertakan video Zamani sedang berjalan dalam keadaan tegak sambil diiringi jururawat. Keadaan vokalis Slam selepas menjalani prosedur tersebut sangat berbeza kerana sebelum ini pergerakannya terbatas disebabkan tulang membengkok berbentuk S yang membuatkan fizikalnya menjadi bongkok. Menerusi mesej sama, pasangan suami isteri terbabit turut menzahirkan penghargaan buat semua pihak yang membantu melancarkan urusan hingga dapat menjalani operasi termasuk kepada ikon penyiaran, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil.

“Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, pasukan operasi dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity. Terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani operasi sehingga ke hari ini. Kepada Pak Nil, semua peminat, pihak media dan penyumbang dana, segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Gerimis Mengundang yang berhadapan sakit skoliosis sejak tahun 2015 menjalani operasi membetulkan tulang belakangnya pada 7 November lalu. Prosedur operasi yang dilakukan di sebuah pusat perubatan di Cheras itu mengambil masa hampir tujuh jam untuk disempurnakan.Selain perlu menjalani rawatan susulan, zamani juga perlu melakukan latihan fisioterapi untuk cepat sembuh. Proses penyembuhan hanya mengambil masa antara dua hingga empat minggu. Difahamkan Zamani harus mendapatkan rehat sehingga tiga bulan sebelum boleh kembali aktif dalam arena seni suara. Sumber, K!Online

Exit mobile version