BELUM pun ditayangkan, filem Pulau telah menjadi topik perbualan hangat warganet di media sosial kerana didakwa mengandungi adegan panas dan pemakaian kurang sesuai untuk tontonan masyarakat Malaysia. Mengulas mengenai perkara itu, bintang utama Alif Satar memberitahu pengarah filem iaitu Euho sangat menghormati pendirian pelakon sepanjang penggambaran filem berkenaan. Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, menjelaskan adegan mesra yang menjadi bualan ramai itu dilakonkan oleh pelakon bukan beragama Islam.
“Alif terkejut sebab mereka sangat memahami. Dalam masa sama rasa gembira juga sebab pengarah faham dan sebab itu saya tiada lakonkan babak yang pelik dalam filem Pulau. “Watak yang saya bawa ni pun hampir sama dengan diri saya yang sebenar. Jadi saya tidak terlibat dengan babak panas tu. “Pengarah dah pilih pelakon bangsa lain untuk bawa babak panas itu. Sebab itu, pelakon filem ini menampilkan masyarakat majmuk dan datang dari pelbagai latar belakang,” katanya. Alif berkata demikian ketika ditemui di sidang media filem Pulau yang diadakan di Concourse, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebelum ini warganet mengkritik filem ini kerana terdapat babak panas dan gaya pemakaian pelakon dikatakan menjolok mata. Isu ini turut menarik perhatian pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengkaji semula tayangan filem ini. Dalam pada itu, Alif memberitahu dia ada melakukan perbincangan dengan pengarah jika aksi yang dilakonkan itu tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia. “Saya dah agak akan ada kerisauan macam ni. Tetapi kalau saya rasa tak sesuai dengan babak tu, saya akan beri pendapat kepada pengarah dan minta tukar.
“Setakat ini pendapat yang saya beri Alhamdulillah pengarah terima,” katanya.Selain Alif, filem Pulau turut menampilkan pelakon Amelia Henderson, Ikmal Amry, Ms Puiyi, Mark O’Dea dan Vikar. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Alif Satar akui tidak akan melampaui batas ketika berlakon, Alif Satar dedah isteri tidak pernah letak limit dalam lakonannya. Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan isterinya, Shad Dila Halid menyerahkan segala tanggungjawab lakonan atau babak mesra dengan pelakon wanita kepada dirinya. Kata Alif, isterinya memahami dan percaya dia seorang yang tahu akan limitasi sebagai seorang suami dan bapa. “Dia seorang isteri yang sangat memahami dan dia tidak meletakkan limitasi kerana dia percaya saya tidak akan melampaui batas. “Saya sendiri akan menjaga batas bila berlakon dengan pelakon wanita,” katanya kepada Astro Gempak
Pelakon Dia Semanis Honey itu ditemui selepas sidang media Hausboom Music Concert yang berlangsung di The Finch, Kuala Lumpur pada Isnin. Walaubagaimanapun, Alif memberitahu sebagai seorang yang beragama Islam dia akan cuba mengelak babak mesra yang perlu bersentuhan dengan pelakon wanita. “Setakat ini saya cuba cari cara lain untuk menunjukkan rasa mesra dengan pelakon wanita terutama bila berlakon watak suami isteri. “Jika boleh saya elak dari bersentuhan dan bila perlu berpegangan tangan pun cuba berlapik. Bagi saya ikut keselesaan sesama pelakon.
Katanya lagi “Bagi saya sebenarnya senang saja sebagai pelakon kena tahu guna simbolik sahaja malah perkataan yang kita cakap pun dah cukup untuk membeli imaginasi penonton. “Lagipun saya kena sedar saya orang Islam dan warganet sekarang pun dah bijak menegur apa yang mereka rasa tak sesuai,” jelasnya. Selain mengacara dan menyanyi Alif banya membitangi drama-drama Melayu di Astro seperti Suria Di Cordoba, Red Velvet, Family Spy dan banyak lagi. Sumber, gempak