Lebih dari 20 tahun bersama, terkejut bila tiba tiba Ajay Devgan bongkarkan perangai sebenar Kajol yang dia tak suka

Power-couple Bollywood terkenal, Ajay Devgan dan Kajol sememangnya disukai ramai. Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar dan popular di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama hampir 25 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn. Kajol mula menjalinkan hubungan dengan Ajay sewaktu pengambaran filem Gundaraj pada tahun 1994. Selepas berkahwin kedua-duanya dilihat tetap setia menjalani kehidupan berumahtangga dan saling menyokong kerjaya masing-masing.

Apatah lagi ramai pasangan selebriti yang memandang tinggi dan menjadikan mereka berdua idola dalam perkahwinan. Seperti Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri, Kajol dan Ajay juga dilihat cukup serasi malah jarang sekali g0sip bertebaran melibatkan rumahtangga mereka. Namun selepas hampir 25 tahun bersama, Ajay Devgan akhirnya terbuka berkongsi, mendedahkan salah satu sikap Kajol yang paling kurang digemarinya. Ajay baru-baru ini menceritakan yang Kajol adalah seorang wanita yang terlalu banyak bercakap, tak ubah seperti mulut murai. Kata Ajay lagi, ketika di set penggambaran pun Kajol terlalu banyak bercakap sehingga kadangkala menyebabkan dia hilang tumpuan pada kerja.

Disebabkan Kajol terlalu banyak bercakap, apabila Kajol diminta memberi fokus dia pula dilihat sibuk dengan aktiviti lain. Kerana itu, Ajay tidak suka Kajol terlalu banyak bercakap. Malah Ajay sendiri sering mengingatkan Kajol supaya mengubah tabiat tersebut. Namun apabila Kajol banyak berdiam diri, Ajay pula akan merasa sunyi dan susah hati, tertanya-tanya kenapa Kajol tidak seperti selalu. Apabila ini berlaku, dia akan bertanya kepada Kajol apa yang terjadi. Adakah Kajol tidak sihat atau ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

“Oleh itu saya biarkan saja keadaan semula jadi isteri saya. Saya tidak berhasrat untuk memaksa atau meminta dia menukar sifat dirinya,” kata Ajay. Sumber, laughingcalours.com, NONA. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version