Kali ni bertelekung pula, penampilan Ds Vida sekali lagi kena kritik teruk dengan warganet

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sebelum ini menjadi bualan ramai selepas hadir menggayakan Pyjama Selimut Kain Perca Multiracial hasil rekaan Behati di acara karpet merah pada malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram, DSV sekali jadi perhatian ramai selepas tampil dengan persalinan keduanya pada malam acara yang sama, iaitu busana ala bertelekung kombinasi warna perak dan beige rekaan Behati. “Second outfit for #gempakmostwanted2022. Konsep Menutup Aurat Pergi Event?”-kapsyen DSV di Instagram

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet sempat berseloroh DSV boleh terus mengerjakan solat tarawih menjelang Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, malah ramai yang turut mengkritik busana telekung DSV yang disifatkan tidak menghormati Islam yang menggunakan telekung untuk solat. “Okay boleh terus pi terawih ni nanti.” “Kelmarin selimut, harini telekung. Esok apa Dato?.” “Ingatkan khemah bazaar ramadhan tadi.” “Telekung adalah pakaian yang suci untuk kita mengadap Illahi untuk solat. Oleh itu jangan dibuat main tentang telekung kerana ia mempunyai maksud yang sangat SUCI buat semua umat Islam..”

“Telekung dibuat memain untuk glamour. Astaghfirullah. Suci telekung itu buat umat Islam.” “Ini untuk bersolat kerana Allah atau menunjuk- nunjuk.” “Fesyen mengarut je. Ni macam menganjing orang yang nasihat minta jaga avrat je.”

Sumber, murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Geram dengan isu rumahtangga Puteri Sarah, reaksi Ds Vida buat ramai yang puas hati. KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana bukan hanya mendapat perhatian ramai, malah rata-rata peminat dan rakan selebriti turut memberi sokongan kepada aktres berkenaan. Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida juga antara yang dilihat memberikan sokongan buat Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, kerana mendakwa suami pelakon itu, Syamsul Yusof tidak pandai melihat kecantikan yang ada pada dirinya. Kata Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, dia berasa sakit hati melihat pelakon Andainya Takdir itu diperlakukan sedemikian dan menganggap Puteri Sarah seorang isteri yang cantik dan sempurna.

“Hello, comel ni wey, comel. Kenal tak ni? Jantan tak kenal ‘bare’ (barang). “Lempar sebutir. Saya tu paling sakit hati tau. Jantan tak kenal ‘bare’. Kufur nikmat jantan ni,” katanya. Vida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya pada malam Jumaat. Menerusi video itu juga, Puteri Sarah dilihat turut bersama dengan Vida sewaktu menonton konsert penyanyi Cakra Khan yang diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Jumaat. Bagaimanapun, Puteri Sarah dilihat hanya tertawa melihat reaksi yang diberikan oleh usahawan kosmetik berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menyokong tindakan Vida dan gembira melihat Puteri Sarah sudah kembali tertawa. “Kali ni aku sokong Datuk. Hahahaha. “Vida buat Sarah tergelak kuat. Gembira dapat melihat Sarah kembali bahagia dengan hidupnya. “Tengok rezeki Allah bagi dia. Dikelilingi manusia yang supportive. Allah maha adil, diambil satu, diberi 10 tak terkira. Alhamdulillah,” tulis warganet. Untuk rekod, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan pisah terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes tersebut. Kredit, Mstar.

Exit mobile version