Bab kesihatan ni tak boleh nak jangka, hari ni elok ja kita sihat menjalani kehidupan seperti biasa. Siapa tahu, entah-entah esok terpaksa untuk ‘check-in’ hospital pula, kan? Nak tak nak, kita mesti asingkan duit untuk kecemasan perubatan atau yang berkemampuan boleh laburkan sikit wang untuk bayar insurance. Seperti yang dikongsikan oleh pelakon, Fizo Omar mengenai ujian menimpa keluarga mereka pada bulan lalu. Dia yang berkongsikan hantaran terbaru di Instagramnya itu berkata, isterinya, Fazeera Nazri dan kedua-dua anaknya, Maryam dan Khaleeda silih berganti dimasukkan ke hospital sehingga bill mencecah lebih RM30,000.
Menurutnya, anak sulungnya, Maryam dijangkiti jangkitan kuman manakala anak keduanya dijangkiti virus influenza yang semakin giat merebak. “Dah macam sewa hospital dah… Bulan lepas punya cerita, lebih RM30,000 untuk bil hospital sahaja. Mula dengan Maryan demam jangkitan kuman dan warded for few days. “Lepastu Khaleeda pula demam terkena jangkitan kuman di kotak suara dia dan kena warded juga beberapa hari. Hari yang sama Khaleeda discharge, wife saya pula tersepit tangan dekat pintu rumah, berlari ke hospital emergency malam itu. “Tangan dia kena banyak jahitan dan warded untuk tiga hari. Dah settle Faz keluar hospital, Maryam pula demam dan pergi cek Influenza pula, demam dan muntah-muntah.
“Jadi kami decided untuk dia masuk ward supaya doktor monitor dia dalam wad.. kena tahan untuk tiga hari lagi,” tambahnya. Menerusi hantaran sama, Fizo menafikan mahu mempromosikan insurans, malah dia hanya cuba mengetengahkan keperluan insurans kepada pengikutnya demi masa hadapan keluarga ekoran pembiayaan bil yang tidak murah. “Hebat dugaan kami sekeluarga bulan lepas, total bill untuk hospital sahaja melebihi RM30,000. Nasib baik saya ambil insurance untuk semua family members dan alhamdulillah fully covered. “Saya bukan nak promote mana-mana company insurans, tetapi saya nak tegaskan sangat penting insurans ini untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.
Sumber, Tehtarikkaw. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.