Semasa bercuti, selain dari merakamkan momen bahagia bersama keluarga dalam fikiran kita, zaman teknologi kini kita bukan sahaja dapat sematkan momen indah dalam bentuk gambar tetapi video juga. Malah boleh berkongsi momen tersebut di dalam media sosial masing-masing. Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tampil berkongsi momen bahagia ketika bercuti bersama anak-anaknya, Cik B dan Kacak di sebuah pulau. Dalam perkongsian di Tiktok, Vida telah memuat naik videonya sedang membuat trend ‘Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh’ bersama anak-anaknya itu sewaktu di tepi pantai.
Video yang berdurasi itu memaparkan Cik B yang sedang memegang telefon bimbit mula berlari diikuti Vida di belakang kemudian menyerahkan telefon tersebut kepada Kacak pula. Video yang sempurna itu sebenarnya mempunyai cerita yang tersendiri di belakangnya apabila Vida turut memuat naik video belakang tabir yang berlaku demi mendapatkan video terbaik itu. Bagaimanapun, Vida kelihatan sangat gembira dan teruja ketika membuat trend tersebut biarpun sempat diusik oleh Cik B. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dan memuji keakraban usahawan itu melayani kerenah anak-anaknya. Sumber Keluarga. Klik sini untuk lihat video.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.