Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila Ali Puteh mendakwa jumpa taburan garam kasar, kulit limau dan bngkai mengkarung di luar rumahnya selepas kakak iparnya, Siti Norhidayah pulang dari rumah abangnya. Malah, Ali berkata dia tidak diberitahu mengenai kedatangan Hidayah ke rumah itu serta mengatakan ketika itu dia tiada dirumah kerana keluar bekerja. Bagaimanapun, terbaru, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin mendedahkan komen jiran arwah Abam yang memaklumkan ada orang yang berada di dalam rumah berkenaan ketika itu. Dakwa individu itu lagi, dia tidak melihat Hidayah menabur barang dipercayai perbuatan syrk di rumah tersebut yang didakwa sebelum ini.
Bagaimanapun, akaun kedua-dua individu itu tidak dapat ditemui selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan tidak dapat dipastikan kesahihan perkara itu. Terdahulu, Ali dilihat ada memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa kecewa apabila pendedahannya itu menjadi bahan sindiran dan jenaka warganet. Kata Ali lagi, mungkin ada yang menjadikan ianya bahan lawak kerana perkara tersebut tidak berlaku pada diri mereka lagi. Sumber, rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Setelah sekian lama menyepi, kali ni giliran ahli keluarga Hidayah pula sound Ali Puteh. Susulan klip video Hidayah meminta percepatkan bayaran ganti rugi RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini, Ali Puteh jelaskan proses tersebut masih dalam perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak. Memetik portal Harian Metro, pelawak berkenaan bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu Abam dengan duitnya sendiri. Sudah 3 tahun Abam tiada…baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah. Sambil menafikan keadaan rumah abangnya terbiar, All turut kesal bila kakak iparnya datang secara mengejut sebelum muat naik video di laman sosial. Keluarganya dituduh tidak melayan kunjungan Hidaya bersama peguamnya, walhal perkara itu tidak dimaklumkan awal-awal memandangkan Jumaat lalu mereka keluar bekerja.
Cakap pandai, bayar saman mengelak… bagi notis pun dia buat daim. Dalam pada itu, adik-beradik Hidayah turut meluahkan rasa terkilan terhadap sikap All Puteh. Abangnya Mohd Azmier Zmier, sifatkan pelawak tersebut seolah-olah cakap tak serupa bikin. Bukan setakat mengelak bayar saman, bahkan kunci rumah milik Allahyarham turut tidak diberikan kepada balunya. Perbanyakkan lagi ilmu agama ye…garam banyak gunanya. Sementara itu, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin pula memberi komen terhadap klip video Ali yang menunjukkan garam ditabur di sekeliling rumah abangnya. Sambil berseloroh, dia mendakwa warganet pun tahu bahan tersebut ada banyak kegunaan serta manfaatnya.
Trdahulu, Ketika ditanya ustaz mengapakah begitu yakin tuduh balu abangnya sebagai pelaku. Jelas Ali, penemuan tersebut bukanlah baru pertama kali berlaku malah sempat terjadi sebelum ini. Malah ketika Abam masih ada juga pernah terjumpa tarang-barang’ seumpama dengannya. Bukanlah ingin menuduh membta tuli namun dia pelik kerana abang iparnya ada mengatakan bngkai cicak tersebut awalnya masih lagi segar, namun akhirnya sudah kering apabila dilihatnya kemudian. Yang jaga rumah tu adik saya…Kalau rumah tu tak berjaga, dah bertutup sawang semua. Bukan itu sahaja, All Puteh turut mempersoalkan kedatangan Dayah selepas 3 tahun. Sedangkan selama ini, dia mengatakan balu abangnya tersebut tidak pernah ambil peduli dengan sebarang kos untuk menjaga kediaman berkenaan termasuklah soal rumput panjang serta bil elektrik dan juga air. Sumber, Kisah Dunia.