Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. Katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, kerajaan harus laksanakan kajian secara terperinci agar golongan yang layak sahaja dibenarkan membuat pengeluaran KWSP dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. “Kita semua sedar KWSP adalah simpanan hari tua tetapi apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan muflis.”
Tambah beliau lagi, tidak dinafikan bahawa KWSP adalah simpanan pada hari tua, tetapi ianya tiada guna seandainya rakyat teruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang, lapor Astro Awani. “Keperluan mendesak adalah hari ini bukan sampai kepada tempoh hari tua.” “Oleh itu, Saya, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) dan Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) meminta kerajaan mempertimbangkan, kita tak desak atau paksa… tetapi mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP.”
“Pengeluaran bersasar, jika dibenarkan syarat ditentukan oleh kerajaan.” Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera berkata pengeluaran tersebut hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion. “Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.”
“Yang terkesan KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan atau simpanan daripada pencarum untuk menjalankan peniagaan mereka. Dengan pengeluaran ini mungkin akan mengurangkan ruang untuk mereka berniaga.” Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.