Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak bersetuju apabila wanita menyalahkan orang ketiga sahaja dalam isu rumah tangga yang diganggu. Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, adalah tidak wajar untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja dalam isu tak setia ini sebaliknya sang suami juga patut dipersalahkan. Kalau sesetengah lelaki itu yang memang jenis yang suka tak setia, kalau isteri macam ratu cantik pun dia tetap akan tak setia. Akan tetapi sekiranya lelaki itu seorang yang setia, dapat isteri yang biasa-biasa sahaja pun akan setia. Pokok pangkalnya adalah lelaki itu. Saya tidak suka wanita yang bila dapat tahu suaminya ada hubungan lain, dia salahkan perempuan lain, ‘Its takes two to tango’. Suami bukan baik sangat pun, kenapa nak salahkan satu pihak sahaja.
Macam contoh kalau suami saya ada hubungan dengan orang lain, saya tmbk suami sendiri. Tak adalah nak tarik tudung perempuan itu. Laki kita yang menggatal. Tapi kalau dia tidak sama naik, benda tu tak akan berlaku,” jelasnya kepada XTRA ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai ‘muse’ Angsa Emas Jewellery, baru-baru ini. Tambah Che Ta dia juga kurang senang dengan keterbukaan sesetengah wanita dalam mendedahkan masalah rumah tangga mereka di media sosial. Bagi saya ia ibarat tepuk air ke dulang dan terkena muka sendiri apabila kita kongsi masalah rumah tangga atau keburukan pasangan di media sosial.
Lebih baik untuk diam. Sebagai isteri, berdosa ya kalau kita mengaibkan suami. Kalau tidak suka, terus pergi ke pejabat kadi atau berbincang. Kalau nak berkias-kias di Instagram, masalahnya bukan suami kita seorang… entah entah suami kita pun tak tengok. Mungkin ada cara lain untuk melepaskan geram, misalnya dengan menghantar WhatsApp kepada pasangan, kemudian padam. Saya sendiri pernah begitu kalau rasa marah pada seseorang,” kongsinya. Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini juga percaya bahawa soal jodoh adalah ketentuan dari maha esa.
Jodoh Allah dah tetapkan, itu semua sebab musabab. Kalau ia ditakdirkan jodoh kita sampai 20 tahun sahaja, itu semua sebab menyebab. Saya takkan ada rasa sedih atau risau. Dah tiada jodoh,” katanya. Kredit Oh Media. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.