Kagum dengan menu rahmah, Mat Salleh ni siap nak suruh Perdana Menteri Uk contohi Malaysia

Konsep Menu Rahmah yang diperkenal kerajaan bermula 31 Januari lalu, menawarkan set nasi lengkap pada harga RM5 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Inisiatif ini dalam tanpa sedar banyak membantu ramai pihak terutama mereka dalam golongan B40. Menu Rahmah ini juga turut mendapat perhatian seorang TikToker Mat Salleh, @veggiesontour yang sedang melancong di negara ini. Menerusi video yang dikongsikan, dia dilihat sangat kagum dan puji dengan idea Menu Rahmah dalam membantu rakyat menghadapi inflasi. Klik sini untuk lihat video.

“Malaysia membuat satu inisiatif yang sangat hebat, iaitu memperkenalkan Menu Rahmah yang merupakan set hidangan makanan berharga RM5.00. Inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sangat hebat kerana ia membantu rakyat,” katanya. Dia turut berkongsi pengalaman menikmati sepinggan hidangan lengkap pada harga serendah RM5 sahaja ketika berada di Skudai, Johor. Dalam pada itu, dia juga membandingkan harga hidangan di Malaysia dan negaranya iaitu United Kingdom (UK). Perkongsiannya telah meraih perhatian netizen Malaysia, rata-ratanya berterima kasih kepada mat salleh itu kerana menghargai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan.

Dia turut berharap bahawa Perdana Menteri negaranya, Rishi Sunak mampu mencontohi Malaysia dalam meringankan beban rakyat seperti inisiatif Menu Rahmah. Sumber, LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version