GARA-GARA bekerja sebagai seorang pramugari, menantu bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia dituduh tak setia oleh suaminya, Mohd Zaiza Zainal Abidin. Menjawab mengenai dakwaan itu, Sofia atau nama sebenarnya Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, berkata selama enam tahun dia bekerja sebagai pramugari, pendapatan itulah digunakan untuk membesarkan dua orang anaknya. “Kalau disebabkan pekerjaan saya ni dia anggap saya tak setia… pekerjaan inilah yang bela anak kami selama enam tahun. “Saya bagi anak saya makan, minum, pakai, pelajaran dan kesihatan semua saya beri pada anak-anak.
“Kerja pramugari ini dia cakap saya tak setia, mana buktinya? Tunjuklah pada saya,” katanya. Dalam pada itu, Sofia turut berkongsi perkembangan prosiding pertama kes perpisahnnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Klang pada Isnin. Dalam prosiding berkenaan, mahkamah menetapkan tarikh 23 Februari depan untuk perbicaraan selanjutnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Baru baru ni kecoh pasal rumahtangga Datuk Zainal, terkejut bila tiba tiba menantu dia pula tampil bongkarkan sesuatu. Umum sedia maklum mengenai isu prblahan yang melibatkan dua orang isteri bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Malah, salah seorang anak Zainal Abidin iaitu Zaifiq Zainal telah memuat naik sebuah gambar mesra bersama ibu dan adik-beradik yang lain tanpa kehadiran ayahnya yang seakan memberi bayangan memberi sokongan penuh terhadap insan tersayangnya itu susulan isu yang sedang hangat berlaku pada ketika ini. Namun begitu, muncul pula satu lagi kontroversi yang melibatkan krisis rumah tangga salah seorang anak lelaki Zainal Abidin sehingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Sofia yang dipercayai isteri kepada anak Zainal Abidin iaitu Mohd Zaiza Zainal Abidin, dia telah meluahkan masalah yang dihadapinya ketika mendirikan rumah tangga. “Keluarga mentua yang terbaik pernah saya dapat, tapi awak? Ayah kepada anak-anak saya, awak rosakkan harta benda saya, awak prvk saya. Awak aibkan saya, ( awak buat akaun aibkan saya), awak mungkir janji. Kalau awak bagi kerjasama, saya tak akan begini. “Saya berdiam diri, awak paksa saya. Awak ancm keselamatan saya. Awak ajar anak-anak untuk memki hamn saya. Memanggil saya dengan nama panggilan yang keji dan jijik. Sakit sungguh hati ini,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dengan luahan yang diberikan oleh Sofia dan mendapat tahu bahawa anak Zainal Abidin turut mengalami krisis rumah tangga.
Bukan itu sahaja, Warganet turut mendoakan agar urusan keluarga tersebut dipermudahkan selalu dan berharap segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sumber, OMM.