Teruk dikritik oleh warganet, tak boleh berdiam sekali pengarah bongkarkan hubungan antara Aliff dan Sophia masa di set

Pengarah filem juga drama terkenal, Osman Ali mengakui langsung tidak tahu menahu tentang hubungan yang wujud antara pasangan hero heroinnya, Sophia AlBarakbah dan Aliff Azizi sehingga menimbulkan kekecohan sejak pengakuan panas Bella Astillah, Ahad lalu. Osman ketika dihubungi berkata, dia tidak melihat petanda ‘pelik’ membabitkan Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran naskhah naskhah Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Sophia dan Aliff Aziz sebagai pasangan kekasih.

“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan. “Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” ujarnya. Tambah pengarah filem Telaga Suriram itu lagi, dia tahu tentang pengakuan yang didedahkan oleh isteri kepada Aliff iaitu Bella tentang seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya dalam sebuah drama mengakui menyukai Aliff secara terbuka kepadanya.

Namun, Osman enggan tidak tahu siapa pelakon yang dimaksudkan Bella dan enggan menuduh siapa-siapa. “Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu cakap sembarangan, takut jadi ftnah nanti,” ujarnya. Ketika disoal tentang kelakuan antara Sophia dan Aliff ketika berada di lokasi penggambaran, Osman berkata dia tidak melihat ada masalah antara kedua-duanya. Kemesraan yang ditonjolkan antara kedua-dua pelakon itu hanya ketika bekerja demi penghayatan watak masing-masing. “Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.

“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” katanya. Sehubungan itu, Osman mengakui berasa sedikit hairan dengan berita yang dilaporkan tentang Sophia. Dia sekali gus menolak sengaja mahu mencipta cerita sebegitu untuk meraih publisiti drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. “Saya hairan dengan berita yang dilaporan. Kami tidak buat publisiti untuk drama ini. Bagi saya, itu satu perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan cerita sebab boleh merosakkan reputasi pelakon.

“Jadi tidak adil bagi mereka kerana masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan sahaja. “Saya tidak nampak antara Sophia dan juga Aliff, mereka ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan,” ujarnya. Terdahulu, nama Sophia yang pernah membintangi filem Mimaland tiba-tiba meledak selepas Bella mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang.

Gara-gara pendedahan tersebut, warganet mengesyaki pelakon wanita yang dimaksudkan Bella ialah Sophia memandangkan kedua-duanya bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sehingga pelakon berusia 29 tahun itu dikecam hebat warganet.Sumber, KOSMO! ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version