Jarang lagi kita melihat pelakon hebat, Remy Ishak membintangi mana-mana drama baru di kaca televisyen sejak bergelar suami. Dia juga kurang memuat naik perkongsian terbaru di media sosial miliknya sehinggakan ada peminat sudah rindu dengan aktor kacak berkenaan. Baru-baru ini, penampilan Remy telah mendapat komen yang pelbagai daripada warganet apabila dia berkongsi gambarnya yang kurang kemas. Memetik laporan dari Kosmo! pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Bin Ishak, dia tetap berlapang dada dengan kritikan yang diterima daripada warganet kerana percaya setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan melalui perubahan tersebut apabila semakin berusia.
“Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu. “Mungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain,” ujarnya. Menurutnya lagi, dia merasakan peminat lari selepas berkahwin itu perkara biasa dan tidak tahu mahu memberi respon bagaimana ketika dikata semakin selekeh.“Macam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang. Benda ini normal. Kadang-kadang bila kita dah kahwin, minat orang menjadi berkurangan. Muncul dakwaan yang tak okey dan sebagainya.
“Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu (selekeh lepas kahwin),” ujarnya. Walau bagaimanapun, Remy, 41 menjelaskan yang dia tidak mengambil pusing jika tidak lagi digilai peminat sama seperti zaman bujang. “Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa. “Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada (ketawa),” katanya.
Untuk rekod, Remy Ishak telah berkahwin dengan usahawan, Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021 sewaktu negara masih belum ‘bebas’ sepenuhnya dari pandemik. Pernikahan tersebut disambut dengan gembira oleh peminat dan kenalan rapat memandangkan hubungan mereka pernah terputus sekitar tahun 2019 apabila mengesahkan sudah putus tunang. Sumber: Kosmo! PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Orang tersayang dalam keadaan teruk, sekali ini permintaan Remy Ishak kepada warganet. Aktor popular, Remy Ishak memaklumkan ibunya kini sedang berada dalam keadaan krtkl dan sedang dirawat di Hospital Besar Melaka. Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya. Lantaran itu, Remy memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar ibunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala. “Emak saya sedang krtkl di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah binti Md Deris,” tulisnya. Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu dilihat masih belum mengulas lanjut mengenai sakit yang sedang dialami oleh ibunya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Remy dan seluruh ahli keluarganya. Apapun, jom kita mendoakan agar kesihatan ibu Remy dapat kembali pulih dan segera dibenarkan keluar daripada hospital.
Komen warganet:
Sumber/ Kredit : mediahiburan.my