Sebelum ini, penampilan kekasih kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sering ditegur oleh warganet gara-gara gaya rambutnya ‘bowl cut’ ala K-Pop yang pernah menjadi trend pada suatu ketika dahulu. Malah, ramai yang memberi pendapat supaya Ubai menukar imejnya supaya lebih nampak terurus dan matang seperti seorang lelaki dewasa. Bagaimanapun, baru-baru ini, Shila Amzah telah membawa kekasihnya itu ke kedai gunting rambut untuk menggantikan gaya rambut yang lama kepada gaya baharu telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.
“Rambut kena hijack dengan Sha. Siapa teman lelaki atau suami korang ada rambut super straight sangat tu boleh la pergi buat Korean perm ni. Tapi tahan la tunggu 1 setengah jam kat saloon,” ujarnya di ruangan kapsyen. Sebaik sahaja selesai memotong rambut Ubai, penyanyi yang berusia 32 tahun itu mengakui suka akan penampilan baharu kekasihnya yang nampak lebih kemas dan macho.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet puas hati dengan perubahan yang dilakukan oleh Ubai demi menjaga penampilannya buat insan tersayang.
Dalam pada itu, warganet turut meluahkan rasa teruja apabila melihat keadaan terkini Shila yang dilihat semakin bahagia semenjak berada di sisi kekasih barunya. Malah, ramai yang mendoakan agar urusan pelantun lagu Khilaf itu dalam menuju hari bahagia bersama Ubai dipermudahkan selalu. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Teruk kena kritik dengan warganet sebab tindik hidung, tak boleh berdiam sekali ini respon pedas dari Shila Amzah. Nama penyanyi Shila Amzah kembali menjadi sebutan selepas dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya pada Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Selepas berpisah, penyanyi ini dilihat kembali aktif dalam dunia seni apabila menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza dan meraih tempat ketiga. Shila Amzah nak kelainan lepas berpisah. Penyanyi itu juga dilihat tampil dengan imej bertindik di hidung menyebabkan peminat tertanya-tanya. Menerusi sesi langsung di TikTok, Shila berkata dia mahukan kelainan selepas berpisah dengan suami.
Tambahan pula, penyanyi ini mengakui dia memang suka bertindik sejak dari sekolah lagi. Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha berpisah, I wanted something. Sha macam nak something different. Terdahulu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh terkenal, Ubai. “Ahli keluarga termasuk adik-beradik lain semua okey dengan dia. Kalian jangan cakap tak direstui atau apa-apa,” kata penyanyi Shila Amzah susulan pertanyaan seorang pengikut di TikTok sama ada hubungannya dengan pempengaruh TikTok, Ubai direstui ahli keluarga atau sebaliknya.
Shila berkata, dia berharap orang luar tidak perlu khuatir mengenai hubungan istimewa mereka kerana dia sudah mampu melakukan keputusan sendiri. “Mungkin hubungan yang sebelum ini ada sebabnya kenapa mereka (ahli keluarga) tak suka. “Tapi semuanya sudah berbeza sekarang. Saya sudah mampu urus dan membuat keputusan sendiri. Jadi jangan risau,” katanya. Menurut Shila, Ubai mula mendekatinya secara serius selepas dia disahkan berpisah dengan bekas suaminya tahun lalu dan mengakui mereka kini saling mengenali. Terdahulu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Shila. Pendedahan itu dibuat Ubai dan Shila selepas melakukan sesi siaran langsung di TikTok, semalam. Untuk rekod, Shila berpisah talk satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. Kredit, Astro Gempak.