Tengah buat persiapan, kali ni Syafiq Kyle tampil dedah lagi beberapa bulan akan tamatkan zaman bujang

Pelakon Syafiq Kyle memaklumkan majlis pernikahannya dengan Mimi Lana dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri.  Syafiq berkata, segala persiapan menuju hari bahagianya juga sudah hampir siap dan berjalan lancar. Doakan saya. Insha-Allah selepas Aidilfitri, kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu. Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga di Petaling Jaya, di sini, semalam.

Menurut Syafiq, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni. Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.

Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.  Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” katanya. Terdahulu Syafiq memaklumkan tahun 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang selain sudah menghadiri kursus kahwin. Malah pada 21 Januari lalu Syafiq bersama keluarganya sudah merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version