Selebriti, pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada hari ini. Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa dilihat menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal. “Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal. Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin Allah.”-Tulis Neelofa
Dihadiahkan Gelang Tangan Yang Sepadan Dengan Cincin Perkahwinan. Istimewa sempena hari lahirnya pada hari ini, 10 Februari, Neelofa menyatakan bahawa suaminya telah menghadiahkannya seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya. “Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.”-kongsi Neelofa
Kami turut mahu mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 buat Neelofa. Semoga terus sukses!. Sekadar info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz pada 27 Mac 2021 di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Pasangan ini turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Lofa sambut hari lahir Bilal yang setahun, tapi gelagat dia tu buat ramai yang geram. Seperti juga mana- mana selebriti yang lain, Neelofa juga tidak ketinggalan untuk meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama buat permata hatinya yang sangat disayangi iaitu Muhammad Bilal. Walaupun hanya menjemput keluarga dan sahabat handai yang terdekat tetapi majlis yang diadakan itu tetap meriah kerana ianya adalah sambutan yang serba ringkas sahaja untuk meraikan ulang tahun kelahiran putra sulung neelofa dan penceramah bebas muhammad Haris.
Sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok iaitu suasana majlis sambutan ulang tahun itu dengan bacaan doa daripada imam dan apa yang menarik perhatian adalah Bilal yang sudah boleh berjalan, habis satu kawasan itu dia jelajah.
Bukan sahaja tidak duduk diam ketika bacaan doa itu tetapi Bilal mengambil peluang itu untuk jelajah sambil menolak tempat letak kek yang berada di depan neelofa, nasib baik kek itu tidak jatuh akibat tolakan bilal. Boleh tahan nak4l jugak kan bilal ni. Tak duduk diam.. Ketika dilihat pada ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan bilal yang memang montel sangat dan ramai juga yang mengatakan bahawa wajah bilal persis wajah jebat, iaitu anak kepada kakak neelofa. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber, Komedi media.