Semoga dipermudahkan untuk sesiapa saja yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, Setiap orang lain dugaannya,” kata penyanyi, Adira Suhaimi apabila diminta mengulas mengenai krisis rumah tangga dalam kalangan selebriti yang menjadi bualan hangat ketika ini. Adira berkata, apa yang dialaminya sebelum ini sudah lama berlalu dan fokusnya ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.
Saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja.”Kita makin lama makin tua. Sekarang saya nak kehidupan yang tenang saja. Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial. Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill. Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan Datin Red di TikTok dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.
Dalam sesuatu perhubungan, bukan seorang saja yang perlu mengalah sebaliknya kedua-dua pihak memainkan peranan. Malah suami juga harus bersikap adil dan tidak melebihkan sesiapa. Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia enam bulan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.