Selebriti versatil, Alif Satar akui terbuka menerima kritikan darpada warganet mengenai pembabitannya dalam filem Pulau yang telah mencetuskan kontroversi. Pun begitu, Alif masih berharap agar peminat filem memberi peluang untuk menonton Pulau mulai 9 Mac ini sebelum memberi ulasan. “Sebenarnya saya memang ada baca komen dan kritikan dari warganet mengenai pembabitan saya dalam filem ini. Saya juga sudah bersedia menerimanya. Bagaimanapun, saya berharap pergilah menonton filem ini terlebih dulu sebelum menilai. Di situ mereka akan tahu pendirian saya,” katanya kepada Gempak.
Alif ditemui pada tayangan perdana filem Pulau bersama wakil media yang berlangsung di GSC, The Starling, Petaling Jaya, pada Selasa. Kata Alif, Pulau adalah sebuah naskah yang diimpikan apabila membariskan pelakon senior yang menjadi idolanya seperti Namron dan Wan Hanafi Su. “Saya terima tawaran berlakon filem Pulau kerana penerbit memberitahu ia bergenre seram dan bukan filem konsep tak senonoh seperti yang digambarkan warganet. Selain itu, apa yang membuatkan saya tertarik dengan filem ini apabila ia turut menampilkan pelakon senior yang saya kagumi iaitu Namron dan Wan Hanafi Su,”katanya.
Selain Alif, filem arahan Euho itu turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Terdahulu, Pulau telah mencetuskan kontroversi menerusi treler filem berkenaan apabila mengandungi babak- babak yang didakwa lucah dan keterlaluan serta pakaian pelakon wanitanya yang mencolok mata. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.