BUKAN mudah untuk bekerja di bumi asing apatah lagi sebagai seorang wanita Muslimah yang banyak cabaran serta diskriminasi namun wanita ini mampu membuktikan sebaliknya. Mana tidaknya, kejayaan dirangkul anak kelahiran Malaysia, Fakhirah Kharuddin menjadi bualan apabila dia diterima bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat automatif terkenal dunia, Tesla. Fakhirah menggalas tanggungjawab sebagai Pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di syarikat gergasi itu yang antara lain mengajar tentang robotik FANUC dan KUKA kepada jurutera dan juruteknik di Tesla.
Fakhirah adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra, Besut, Terengganu yang turut menawarkan program Ulul Albab iaitu merupakan pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada, sistem pendidikan MRSM dan aliran agama termasuk tahfiz al-Quran. Perjalanan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga bukan semudah disangka namun Fakhirah berjaya membuktikan kesungguhan membolehkan apa sahaja diimpikan menjadi kenyataan. Menerusi perkongsian seorang jurutera, Richard Ker di Facebook, Fakhirah pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti California, San Diego atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Selepas menamatkan pengajian pada 2019, Richard memberitahu wanita itu kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di universiti sama. Kali ini, pengajian itu ditaja sepenuhnya oleh Universiti California. Akademik yang cemerlang bukan satu-satunya tiket Fakhirah berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurutera di Tesla sebaliknya pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan teknikal menjadikan dia calon paling layak.
Antara pengalaman Fakhirah ketika di Amerika Syarikat termasuklah, 1. Pernah bekerja sebagai jurutera pembangunan populasi di Universiti California di mana Fakhirah bertugas menulis kod matlab untuk mengkaji keadaan haba enjin roket. 2. Fakhirah juga pernah memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge pada 2019 dan perlu bersaing dengan 50 pasukan yang lain. Menerusi pertandingan itu, Fakhirah tampil dengan projek lengan robotik. 3. Selain itu, dia juga merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks dan mempersembahkan konsep terbaharu itu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk itu melalui lelaran.
Sementara itu, ramai berasa kagum dengan pencapaian anak muda itu dan menyifatkan kejayaan Fakhirah sebagai luar biasa dan tidak ramai dapat melakukan seperti mana dilakukannya. Pun begitu, perkongsian mengenai kejayaannya membuatkan ramai terinspirasi terutamanya dalam bidang kejuruteraan automatif. Malah ramai menyifatkan Fakhirah sebagai contoh untuk ramai wanita di Malaysia lebih berjaya pada masa hadapan.
Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.