ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada memberitahu anak sulungnya iaitu Humairah perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis selepas mula menunjukkan beberapa perubahan pada diri. Kata Shuhada, 29, konflik rumah tangga yang berlaku antara dia dan Hafidz sebelum ini memberi kesan kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu yang sudah mula mengetahui cerita sebenar. “Sebelum ini Humairah seorang yang ceria dan yakin diri. Namun disebabkan apa yang berlaku dia mula berubah. Saya boleh lihat dari matanya ada perasaan sedih.
“Saya mula sedar perubahan ini sebelum Hafidz lafaz untuk berpisah lagi sebab Humairah tahu bapanya ada orang lain. Walaupun masih kecil dia banyak mempersoalkan apa yang berlaku antara kami. Kemudian saya lihat keadaannya semakin serius di mana dia mula mahukan perhatian lebih seperti bayi sedangkan Humairah anak sulung. Dari situ saya mula bawa dia untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi. Sebelum itu, Shuhada turut berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya. Dalam pada itu, Shuhada memberitahu doktor menasihatinya supaya tidak terlalu bercerita mengenai kemelut rumah tangga dengan anak-anak dan menggalakkan membawa mereka melakukan aktiviti digemari.
“Selepas apa yang berlalu setiap malam saya akan minta maaf kepada anak-anak. Beritahu mereka bahawa Allah Maha Baik untuk ujian ini. Doktor juga minta saya lakukan perkara yang membuat anak-anak gembira. Kalau boleh elakkan bercakap tentang apa yang berlaku walaupun dia tahu,” ujarnya. Mengulas perbicaraan mahkamah mengenai kes perpisahan yang masih berlarutan, Shuhada meletakkan harapan agar semuanya segera berakhir dan dipermudahkan urusan berkenaan. “Saya kena kuat hadapi semua ini. Mungkin ada nikmat besar yang Allah nak berikan di sebalik semua ujian.
“Semoga perbicaraan mahkamah akan segera selesai supaya saya boleh teruskan hidup,” jelasnya. Shuhada ketika di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa lalu, mendkwa suaminya itu pernah melafazkan untuk berpisah sebanyak dua kali sebelum ini. Katanya Hafidz pernah melafazkan talak menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari 2023 dan 22 Februari 2023. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Sumber: MSTAR. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.