Penyanyi, Shiha Zikir, 36, mendedahkan dia banyak menerima Direct Message (DM) dari pengikutnya di media sosial yang memberitahu mereka mengalami penyakit mental yang teruk bila kerap ditanya soal jodoh. Menurut Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir, berkata sebagai selebriti, dia juga berkongsi pengalaman dengan pengikutnya di media sosial untuk berdepan dengan isu sedemikian. Saya menyarankan pengikut di laman sosial supaya sentiasa berfikiran positif dan ambil mudah sahaja kerana ada yang nak buat perkara yang tidak patut dilakukan.
Sebab saya pun dulu seorang yang panas baran tapi sekarang sudah berubah. Kita tidak boleh mengubah orang lain tapi kita boleh ubah pemikiran kita supaya kekal positif. Shiha ditemui pada majlis pelancaran Restoran Nasi Ayam miliknya yang beroperasi di Kampung Baru, di sini, petang tadi. Shiha berkata, dia juga tidak pernah bertanyakan soal jodoh pada rakan-rakannya yang masih belum berkahwin. Setiap orang ada kehidupan berbeza. Sebenarnya, saya sendiri berasa segan dan bersalah untuk menjawab soal kahwin. Soal jodoh ini agak sensitif kerana saya sudah berusia 36 tahun.
Namun, saya tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa untuk berkahwin kerana dan percaya masanya akan tiba jua. Ditanya perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kamarul Ariffin Baharun atau Arul pada tahun ini seperti yang diperkatakan ramai, kata Shiha, dia masih belum ada tarikh yang sesuai lagi. Saya serahkan soal jodoh cepat atau lambat pada aturan Allah. Saya juga mahu majlis perkahwinan yang paling ringkas sahaja.
Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.