Zulfikar seronok dapat pulang ke kampungnya menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat perantau apabila dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman bersama keluarga tersayang. Itu yang dirasai anak kelahiran Kinarut, di sini, yang juga penuntut jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Mohd Zulfikar Yunus, 23, yang sebelum ini hiba apabila tidak dapat pulang ke kampungnya.

Mohd Zulfikar dan sepupunya, Esma Dainel Morni, 23, tidak dapat pulang beraya kerana harga tiket penerbangan terlalu mahal dan mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun, dua saudara itu berpeluang pulang ke kampung halaman apabila ada seorang individu yang prihatin dan bermurah hati yang menaja tiket penerbangan pergi dan pulang mereka.

Zulfikar berkata, kehadiran insan yang bermurah hati itu memang tidak dijangka dan menyifatkan ia sebagai rezeki Ramadan paling bermakna yang memberi peluang kepada mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Menurutnya, dia membuat perkongsian kisah mereka yang tidak dapat pulang beraya di TikTok dan mendapat perhatian ramai sebelum individu terbabit meninggalkan komen selepas hari dia membuat hantaran itu. Saya sebak individu berkenaan bermurah hati menaja pulang ke Sabah untuk saya dan sepupu sehari sebelum hari raya, malah turut menaja tiket pulang ke Kuantan juga. Ini rezeki di luar jangkaan saya.

Untuk insan mulia yang menaja tiket dua hala saya dan sepupu, sebenarnya ucapan terima kasih tidak mampu menggambarkan betapa bersyukurnya saya ditemukan dengan abang. Saya doakan urusan abang sentiasa dipermudah dan berada di bawah lindungan Allah SWT selalu,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi.

Terdahulu, kisah Zulfikar dan sepupunya yang tidak pulang beraya di Sabah dan perkongsian dapat pulang kerana ditaja individu bermurah hati mendapat perhatian netizen di TikTok. Katanya, dia terlalu gembira dapat beraya bersama keluarga dan mengakui sepanjang tempoh belajar di Semenanjung dia biasanya memilih pulang ke kampung pada perayaan Aidilfitri saja.

Hanya cuti Aidilfitri saja saya akan pulang ke Sabah, manakala Hari Raya Aidiladha atau cuti semester saya akan berada di Semenanjung saja. Menurut Zulfikar, dia mendapat tarikh akhir untuk cuti Aidilfitri agak lewat kerana jadual kursusnya tidak sama dengan penuntut jurusan lain, namun mengakui harga tiket penerbangan memang mahal sejak daripada awal sebelum Ramadan.

Saya sudah tinjau harga tiket sejak dari Februari, memang dari awal sudah mahal. Pada mulanya saya macam fikir tak apa lah kalau tak dapat balik, lagipun cuti pelajar perubatan tidak lama. Memang sudah reda sangat ketika itu tetapi bila semakin menjelang Aidilfitri, tengok seorang demi seorang rakan balik.. perasaan itu lain sangat.

Memang ramai rakan ajak beraya sekali tetapi saya yang segan sebab tidak mahu mengganggu masa mereka dengan keluarga. Saya memang tidak mahu susahkan ibu bapa saya untuk hal tiket sebab kedua-duanya sudah tidak berkerja jadi tak mahu menambah beban mereka,” katanya yang sudah membuat persediaan untuk beraya bersama di kampus.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Zulfikar berkata, niat sebenar dia berkongsi di TikTok hanya untuk berkongsi perasaannya saja yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Perkongsian itu jauh sekali mahu menagih simpati sesiapa tetapi Allah hantarkan insan yang cukup baik kepada saya. Saya terkedu dan tidak sangka hingga tidak tahu mahu cakap macam mana selepas dihubungi insan mulia berkenaan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version