Farid Kamil tidak pernah menyangka insiden kehilangan cincin perkahwinan mereka lapan tahun lalu yang didedahkan isterinya, Diana Danielle, menjadi satu isu yang besar. Farid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini berkata, cincin itu hilang selepas Diana tersalah letak ketika melahirkan anak kedua mereka, Nur Aurora. Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya berikan itu dipakai Diana. Ketika melahirkan Aurora secara kelahiran dalam air (water birth) di Bangsar, dia salah letak memandangkan semua aksesori termasuklah barang kemas perlu ditanggalkan.
Jadi, dia buka dan simpan dalam beg. Namun, selepas selesai proses bersalin, kami mencari cincin itu tapi tak jumpa. Bila kami gagal, Diana bersedih dan menangis. Untuk menghalangnya daripada terus bersedih di samping anak kedua kami, saya jelaskan kepadanya bahawa cincin itu bukanlah keutamaan jika dibandingkan dengan kegembiraan (menyambut cahaya mata) kami pada ketika itu memandangkan ia dapat dibeli,” katanya. Untuk menggantikan semula cincin yang hilang itu, Farid hari ini membawa sekotak barang kemas berisi enam cincin serta dua rantai emas bernilai RM10,700.
Saya tak sangka pula benda ini boleh menjadi satu perkara besar. Saya berjanji saya akan cari yang baharu dan alhamdulillah, hilang satu cincin, saya gantikan dengan enam cincin dan dua rantai,” katanya. Ditanya sama ada dia mempunyai rancangan ketiga andai kata rancangan tawaran yang dibuat hari ini dengan Diana, Farid hanya mampu berharap agar tawarannya ini diterima kerana ini berdasarkan kemampuannya.
Di sesi perdamaian pertama, saya bawa cincin dan bunga. Hari ini, saya bawa enam cincin dan dua rantai. Sepatutnya, saya bawa barang kemas ini ke Mahkamah Subang Bestari tempoh hari. Cumanya, saya tak boleh bawa sebab jumlahnya yang banyak. Buat masa sekarang, saya berharap agar dia berlembut hati untuk menerima tawaran saya, sebab buat masa sekarang, ini sahajalah yang mampu saya berikan. Saya harap, dia boleh terima dan ampunkan kesalahan saya. Apa sangkaan mereka terhadap saya, saya mohon maaf. Saya harap, dia maafkanlah dan jangan pisahkan saya dengan anak-anak dan isteri saya,” katanya.
Farid turut menitiskan air mata saat ditemubual media di perkarangan mahkamah selepas selesai prosuding sulh yang tidak dapat diselesaikan apabila Diana gagal hadir. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.