Gambar bersama yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea, 21, seakan menepis dakwaan mengenai rumah tangga mereka. Malah, gambar Haqiem yang disertakan dengan bentuk hati yang dimuat naik di Instagram Story menafikan rumah tangga mereka sedang dilanda badai.
Terdahulu, Anis mencetuskan tanda tanya apabila hanya meninggalkan tiga hantaran gambarnya di Instagram selain tiada lagi gambar bersama suami dipercayai sudah dipadam. Apa yang lebih mengejutkan, Anis atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri turut memadam kebanyakan foto di Instagram miliknya termasuk foto bersama suami dan hanya meninggalkan gambar tanpa menutup aurat.
Bagaimanapun, menerusi gambar hitam putih yang dimuat naik Anis itu memperlihatkan dirinya tanpa selendang atau tudung di kepala. Dia turut mengambil pendekatan menutup ruangan komen gambar berkenaan.
Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi itu dilihat menitik beratkan penampilan isterinya. Malah, menerusi siaran langsung di Tik Tok atau video, Haqiem turut menutup aurat isterinya yang terlihat tanpa sengaja.
Haqiem dan Anis bernikah pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Kredit Berita Harian online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.