KETIKA kemelut rumah tangga masih belum berakhir, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengumumkan dirinya kini sedang hamil dan kandungan sudah memasuki usia 10 minggu. Berkongsi berita gembira itu, Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata dirinya harus kuat walaupun sedang berdepan pelbagai tekanan. “Ibu (Shuhada) dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.
“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Saya takut ia akan memberi kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya. Shuhada menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Bercerita lanjut mengenai kehamilan, Shuhada memberitahu dia jatuh pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital pada petang Khamis kerana keadaan badan yang lemah.
Kejadian itu membuatkan dia menjadi bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling. “Tadi (Khamis) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir. Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” jelasnya.
Isu rumah tangga pasangan ini masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz talak dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri. Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.
Sumber:Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.