Sekarang nampak makin cantik, tapi peminat minta Shuhada untuk labuhkan tudung bawah dada

Kehormatan wanita di dalam Islam amat tinggi kedudukannya. Dahulu sebelum kedatangan Islam, wanita menjadi warga kelas kedua di setiap tamadun dunia dan dianggap sebagai objek keinginan semata-mata. Menurut sumber sejarah, tamadun Yunani menganggap wanita sebagai alat untuk bersuka-suka dan berfoya-foya. Tamadun Rom pula memberikan hak atas seorang ayah atau suami menjual anak perempuan atau isterinya. Manakala orang-orang Arab sanggup mmbnh anak perempuan hidup-hidup dek kerana terbeban dengan pandangan serta perlakuan masyarakat terhadap wanita pada ketika itu.

Namun, cahaya Islam terbit menerangi kegelapan itu dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SWT. Kemuliaan dan hak wanita diangkat tanpa mengira keduduk4n mereka dalam masyarakat sama ada golongan kaya mahupun miskin, bangsawan mahupun tidak. Malah, setiap wanita dianggap berharga hanya kerana mereka diciptakan sebagai wanita. Bagai mutiara yang mahal harganya, Islam menempatkan perempuan sebagai makhluk yang mulia yang harus dijaga. Oleh itu, sejuk benar mata memandang kaum wanita yang bukan sekadar mengenakan hijab namun turut melabuhkan tudungnya bagi menutup dada.

Sungguhpun, ada diantara wanita pada masa kini yang melalui pelbagai ujian melawan keinginan untuk sampai ke suatu peringkat dalam menutup aurat dengan sempurna. Misalnya daripada sekadar berselendang menutup kepala tapi helaian rambut masih kelihatan hinggalah menutup sepenuhnya. Apa yang lebih baik adalah dengan melabuhkan dan melonggarkan pakaian itulah kata kuncinya. Baru-baru ini, isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri meraih perhatian ramai di media sosial sejak krisis rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan. Ada warganet yang tampil menegur cara pemakaian Shuhada yang kini tampil semakin bergaya namun diingatkan untuk melabuhkan tudungnya bagi menutup dada.

Komen warganet:

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik Shuhada, perubahan fizikalnya yang semakin kurus selepas konflik rumah tangga menjadi bualan wargamaya. Rata-rata warganet menegaskan Shuhada merupakan wanita yang mempunyai kecantikan tersendiri namun mereka turut menasihati ibu anak dua itu agar terus kekal dengan penampilan sopan. Kata orang tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu. Itu perumpamaan yang tepat dapat diberikan kepada wanita bernama Nurul Shuhada Mat Shukri ini, selepas episod gelap dalam kehidupannya mendapat perhatian umum, kehidupan Shuhada semakin berubah.

Terdahulu gambar Shuhada semasa melakukan sesi fotografi tular kerana dikatakan berubah terus wajah Shuhada selepas disolek. Malah ada yang berpendapat wanita ini sekarang lebih terserlah kecantikannya yang sebenar. Sebelum ini Shuhada ini didakwa terlalu low profile dan banyak memerap di rumah kerana berkorban untuk menjaga anak-anak dan suami. Sumber: Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version