Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Zulin Aziz ada memuat naik status di Innstagram mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku padanya dan pasangan.
Terbaru, pada Hari Raya pertama, 1 Syawal, dia ada memuat naik beberapa kepingan gambar bersama pasangan dan keluarganya di media sosial. Dalam gambar tersebut, jelas mengesahkan kemelut rumah tangganya sudah kembali pulih, apabila pelakon Zulin Aziz berkongsi gambar bersalaman dengan suami iaitu Farhan Norzaini.
Zulin Aziz memuat naik foto raya mereka bersama di Instagram miliknya yang memperlihatkan pasangan itu tampil sedondon mengenakan persalinan berwarna hitam. Aktres itu juga menerusi kapsyen turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakan hubungan mereka.
Diruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh netizen. Ada yang menasihatinya supaya lebih matang dan sebaiknya tidak memuat naik apa-apa di meida sosial mengenai permasalahan rumah tangga, Malah bukan itu sahaja, ada juga yang mendoakan agar hubungan Zulin dan pasangan akan kekal bahagia sehingga Jannah.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.