Biarpun sudah dua tahun membuat keputusan untuk tampil berhijab, pelakon Anzalna Nasir mengakui masih bimbang tentang apa yang terjadi di masa hadapan. Memetik BH Online, Anzalna berkata dia sering berfikir mengenai ujian yang bakal dihadapi kerana takut ia mampu membuatkan hatinya berbolak- balik. “Sebenarnya saya tidak mahu ulas mengenai penghijrahan ini disebabkan saya tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. “Sejujurnya, sukar untuk istiqamah selepas berhijab sejak dua tahun lalu. Cuma, saya berdoa boleh kekal berhijab sampai bila-bila. Sebab ini antara saya dengan Tuhan, bukan dengan manusia,” katanya.
Dalam pada itu, Anzalna berkata dia berharap orang ramai dapat mendoakannya untuk kekal menutup aurat dan berimej muslimah. Sementara itu, meskipun sudah tampil dengan imej baru namun tawaran lakonan masih banyak diterima. Bagaimanapun, dia belum bersedia kembali berlakon kerana mahu memberi tumpuan pada keluarga. “Saya bersyukur rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Saya tetap menerima banyak tawaran. Buat masa ini, saya lebih utamakan keluarga. Suami tidak menghalang dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang saya suka lakukan termasuk lakonan,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.