Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice akhirnya bersemuka dan berdamai dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menerusi perkongsiannya di Instagram, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli bertemu dengan anggota polis yang dikenali sebagai Syafiq semasa makan malam di sebuah restoran bersama pasangan mereka masing-masing.
Malah, dia turut memohon maaf kepada seluruh unit PDRM dan akan terus menyokong mereka. I am with my brother, Syafiq from PDRM. Daripada kita bergaduh, lebih baik kita berdamai, Insya-Allah. We are just about to have some dinner. Cap nak minta maaf pada pihak PDRM sebab mungkin cara saya terlalu kasar. Syafiq is a great guy dia pun dah minta maaf.
My whole family memang kakitangan kerajaan jadi saya akan sentiasa sokong PDRM Malaysia, Insya-Allah,” ujarnya. Terdahulu, Syafiq memberi cadangan dan cuba mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan kekerasan terhadap Caprice.
Pegi tampau kan je muka budak pelat Caprice tu,” tulis Syafiq. Menurut Caprice, tindakan tersebut adalah satu jenayah terutama kata-kata itu ditulis oleh seorang anggota polis. Can you guys imagine, seorang anggota polis boleh cadang atau bagi idea to the public untuk tampau atau tampar seseorang. It’s already a jenayah.
Siapa yang cadang? Seorang anggota polis. That is very very dangerous and reckless,” katanya. Meninjau di ruangan komen, terdapat komen yang mencuri perhatian dan tanda setuju netizen apabila dikatakan kaum lelaki lebih mudah berdamai berbanding kaum wanita.
Lelaki. Pinjam lighter pun dah boleh jadi best friend. Perempuan, bertahun kenal kalau terpakai tudung warna sama pun boleh putus kawan,” komen warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.