Lutfyah sifatkan mutaah RM1 juta tidak keterlaluan dan ianya munasabah.

Pelakon Lutfyah Omar menyifatkan tuntutan mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum adalah sesuatu yang munasabah. Lutfyah atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 38, berkata jumlah yang dituntut selepas mengambil kira kos sara hidup yang tinggi pada waktu sekarang.

Tuntutan RM1 juta adalah permintaan saya atas beberapa faktor…kerana segala kos tinggi dan saya perlu merancang untuk hidup saya dan anak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula tuntutan Mutaah itu di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Rashidah Saping@Shafie di sini hari ini.

Tuntutan berkenaan difailkan Lutfyah selaku plaintif terhadap Dr.Hafiz, 33, yang dinamakan sebagai defendan pada Oktober tahun lalu. Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakili Lutfyah berkata, pihaknya telah pun menyerahkan semua penyata tuntutan kepada Dr. Hafiz.

Hari ini, kita terima penyata pembelaan dan jawapan daripada pihak defendan (Dr. Hafiz), sebagai mana yang dinyatakan dalam tuntutan anak guam saya. Arahan seterusnya kita perlu menyediakan penyata keterangan dan ikatan dokumen,” katanya.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 26 Julai ini bagi sebutan kes seterusnya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version