Lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini dijangka terjejas sehingga ke paras tahap kritikal, susulan fenomena El Nino yang sedang melanda negara. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata lima LRA itu sedang dipantau setiap hari bagi mengelakkan paras air turun mendadak ke paras kritikal.
Katanya, situasi kritikal di lima LRA itu boleh berlaku sekiranya cuaca panas dan kering ketika ini kekal sehingga Julai dengan tiada hujan yang singnifikan. Ada lima LRA di Johor yang paras airnya boleh turun ke paras kritikal sekiranya fenomena El Nino berterusan hingga Julai ini iaitu LRA Lok Heng, LRA Sungai Gembut (Kota Tinggi), LRA Bukit Batu (Kulai), LRA Sultan Iskandar (Johor Bahru) dan LRA Tenglu (Mersing).
Johor mempunyai 16 empangan dan setiap empangan ini dipantau setiap hari kadar paras semasanya sejak El Nino melanda. Empangan terkecil di Johor adalah di Gunung Ledang, Muar yang berkapasiti 0.39 juta meter padu hanya boleh bertahan 13 hari jika tiada hujan manakala Empangan Bekok, Yong Peng pula mampu bertahan selama 299 hari lagi, jika tiada hujan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Johor Corporation (JCorp) di sini, hari ini. Pada 5 Mei lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan menyenaraikan lapan negeri yang mudah dipengaruhi fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian El-Nino tahun 2015-2016.
Negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, kerajaan Johor sedang melakukan langkah mitigasi dan persediaan rapi bagi berhadapan kesan fenomena El Nino itu. Katanya, ia bagi mengelakkan paras air di lima LRA itu turun ke tahap kritikal sekali gus menjejaskan lebih sejuta pengguna.
Kerajaan Johor sedang melakukan langkah berjaga-jaga iaitu meletakkan pam di sumber air termasuk Sungai Johor, Sungai Tiram, Tasik Biru Sri Alam selain akan memulakan projek pemindahan air mentah dari Sungai Lukah, membabitkan 10 juta liter sehari untuk disalurkan ke LRA terjejas.
Antara langkah lain yang dibincangkan adalah pembenihan awan di kawasan LRA dan empangan yang paras airnya semakin menurun. Walaupun paras air di semua 16 empangan masih di tahap memuaskan, namun persediaan awal perlu dilakukan.
Kita sedang berbincang dengan Pihak Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) bagi proses pembenihan awan namun apa yang menjadi kerisauan adalah kemungkinan hujan nanti bukan di kawasan empangan dan LRA. Langkah terakhir yang akan diambil jika El Nino menyebabkan LRA di negeri ini terjejas teruk adalah melakukan catuan air. Namun ia, adalah langkah paling akhir yang akan dilakukan selepas semua langkah lain tidak berhasil,” katanya.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.